Hehe... yang ni aku suka2 je nak taip di pagi hari ahad yang mulia ini. Terawal bangun da... Tak dapat tidur dengan nyenyak dow. Huhu.... Ntah, mimpi aku pun pelik2. Huwaa... kenapa aku selalu mimpikan yang gigiku patah semua ar??? Apa maksudnya itu? Anyone can tafsir2 my mimpi?Silalah tinggal kesan jenayah anda di sini kerana anda tertangkap telah membaca entry ni. Hey jangan senyum sekarang! Simpan untuk nanti.
Alkisah untuk hari khamis hari tu. Last day before we start cuti. We merujuk kepada student UUM ok. Sebab kami memang tak ada kuliah hari jumaat. Hari Khamis tu, seperti yang sudah aku nyatakan entry sebelum ini, aku hanya ada satu kelas je dan kelas itu pada pukul 2 petang di DKG 2/5. Dengan rajinnya, aku pergi ke kelas hari tu. Bukan apa, bukankah azam aku bahawa aku tidak akan ponteng kelas semester ini. Dan dengan penuh keyakinan aku berjalan menuju ke dewan kuliah yang comel itu sendirian. Kawan2 aku aku tinggalkan di belakang setelah aku terdahuluan turun dari bas sebentar tadi.
Dengan penuh keyakinan aku berjalan. Dewan kuliah gugusan itu sunyi sepi sebab majoriti tak ada kelas untuk last2 day nak cuti ni. Raya lama lagi tapi orang dah sibuk2 nak balik awal, nak cancel kelas awal. Tak faham sungguh. Apalah best sangat kat rumah tu. Asal cuti je balik, cuti je balik. Op op... tiba2 teremosi pula. Hehehehe....
Ok.... Dengan penuh keyakinan aku berjalan sebentar tadi (ulang balik pulak ayat ni. Siapa suruh lari topik? Ah... like my heart la.), aku rasa aku sudah tiba ke destinasi yang aku tuju. Dengan pintu yang terbuka, ada orang di dalam, dengan confident aku masuk. Masa aku nak swap kad matrik aku, aku terhenti seketika kerana aku hairan, kenapa lelaki yang selalu duduk kat tempat itu tiba2 'besar'? Aku pandang ke arah lecturer yang sedia ada di depan sedang bersedia untuk mengajar. Aik... kenapa tiba2 lecturer aku yang kurus cekeding tu tiba2 'besar' pula?
Dan dengan automatik, aku memusingkan diri dan melangkah keluar dari kelas tersebut. Apa maksud kelakuan aku sebentar tadi??? Ya anda betul!!!! Hmmm... Lantak korang la bagi siapa2 yang lambat 'ambil atas' (pick up la). Kaki aku tersalah kelas. Ni semua salah kaki la ni. Kenapa la engkau bawa aku masuk kelas yang salah ha??? Aish..... ahaha... merajuk pulak kaki aku kang tiba2 tak nak berjalan nanti. Alolololo.... tak2. Aku sayang anggota tubuh ku. Hehehe....
Back to the basic, setelah aku cepat2 keluar dari kelas tadi, aku terketawa sendiri. Hahaha.... Selepas itu, apa lagi... cabut lari pergi kelas sendiri la. Tak jauh pun. Sebelah kelas yang aku masuk tadi da... ahahhaha.... Cover2 beb... Syukur sebab tak ada orang pun di luar kelas itu, kecuali rakan2 yang aku tinggalkan sebentar tadi. Diorang apa lagi, ketawa la tu. Dengan cover2 aku masuk kelas aku sambil tersengih2 sorang diri. Orang pun hairan kenapa la aku sengih2 sorang diri. Ah.... lantak korang la nak pikir apa. Ngehehehehe..... Untuk menceriakan hati sendiri ingatlah peristiwa lucu yang anda tidak tersengaja buat yer....
1 comment:
ingin tahu mimpi anda?sila cuba application kt fb..hohohoho
Post a Comment