My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Friday, September 10, 2010

Its all Gods plan

Sebelum aku mula menaip entry yang ini, balik2 aku baca entry aku yang dulu. Story aku sampai mana ek? Hmm... Sebenarnya, entry ahad hari tu ada satu lagi tapi masa aku syok2 taip, tiba2 aku ter'select' then aku tekan butang space. Apa jadi??? Entry aku hilang hanya satu butang sahaja. Aku check kat draf kosong dah entry aku. Betapa aku meraung masa itu. Yang masih tidur pun, terbangun juga dengar raungan aku. Huhu.... Aku pun dah tak ada mood lagi nak menaip apa lagi, terus off laptop.

Aku baru je balik dari Camp CF di Batu Ferengghi, Penang. Memang best. Memang tenang je jiwa aku kat sana. Dengan talk yang dibawa oleh Ps. Kuilan Suppiah yang bertemakan 'Use it or Lose it'. Tentang pengisian, masa aku rajin nak taip nanti aku share kat blog ni ok. Peserta Camp semuanya ada 39 orang. Peserta dari UITM ada 3 orang. Brother Zeeroll, Spencer dan MacJoyner. Pastor datang bersama dengan anak bujangnya. Masih muda lagi. Baru Fom 1.

Kami bertolak dari UUM pukul 9 pagi. Ambil barang di church lagi selepas itu, kami terus ke Penang. Sampai di tempat persekutuan kami jam 1.30pm. Terus bersiap. Letak barang di bilik, agih2 katil, turun siap2 pentas, banner dan makan. Selesai makan, jam 4 terus ice-breaking, senamrobik dan games. Kami dibahagi kepada 6 kumpulan. Nama kumpulan2 adalah Joseph (nama abang la.hehehe), Manessye, Gad (kumpulan aku), Benjamin, Asyer dan Naftali. Aku sama kumpulan dengan Ladia, Denva, Elfira dan Charish yang diketuai oleh Rickson. Masa game, kami main buat istana pasir (acara wajib bila camp di tepi pantai), ratu hawai dan tarik tali. Ya... tema game kami petang itu adalah Hawaiian... semua guna seluar bunga2, ada baju bunga2, selendang bunga2, spec dan topi. Macam2 gaya la. Malam pula, lepas dinner terus perasmian. Persembahan dari kami dulu lepas itu worship dan masuk sesi pertama kami. (Perasan tak aku taip persembahan dari kami, maksudnya itu, aku menari la tu wei...)

Then hari kedua, dimulakan dengan devosi pagi, breakfast, masuk sesi kedua, lunch, rehat (aku sempat tidur sejam padahal group aku berabis praktis untuk malam talenta. Sorry kawan2. Ampuni aku) Then start sesi ketiga petang itu disambung dengan team building handle by grandma, Sis Dashini (staf FES yang handle CF UUM dan USM). Kami perlu buat 'roda manusia'. Anda bayangkan 'roda hamster' yang selalu hamster main2 dalam sangkar dia tu, bagaimana manusia pula buat roda dia untuk dia main? Mula2 nak buat itu rasa pelik sangat macamana la nak buat. Tapi atas otak2 yang sangat pintar semuanya masuk U, jadi juga la roda manusia kumpulan kami. Lepas itu kena pula setiap kumpulan dan semua ahli dalam kumpulan itu perlu jalan dalam roda tersebut dengan jalan yang zig zag nya. Huh... cayalah. Dan selepas itu, kami buat aktiviti bebas. Mula2 rasa cekewa juga la sebab gate keluar ke pantai tak boleh buka. Aku apa lagi. Sudah sememangnya lapar, bertapa di dapur la menyuap apa yang ada. Aku memang kuat makan. Mesti sentiasa makan. Tak boleh rest2. Hahaha... Untung aku incharge dapur time ni. Aku bedal je la source yang ada. Selepas gate dibuka apa lagi, aku terjun la dalam air laut tu. Sekarang tak best la mandi kat situ. Berlumpur sudah. Dulu aku datang kat sana tak ada pun berlumpur macam tu. Hmm... inilah kesan kemajuan duniawi sekarang. Mungkin disebabkan proses pembinaan jambatan Pulau Pinang yang ke dua kot. Tak syiok mandi kat situ. Mandi kejap je. Sebelum mandi tadi, aku berkawan dulu dengan kuda2 kat sana. (nanti ada gambar tu). Lepas tu kami kecoh dengan banana boat. Proses tawar menawar harga. Akhirnya, kami dapat naik juga. (Gambar selepas ini ya). Malam pula, pentas pujian dimulakan dengan persembahan kami pom pom girl dengan lagu tema camp ' Shine like star.' Lepas tu, malam talenta. Setiap kumpulan menunjukkan bakat masing2. Then, kesaksian. Aku berkerinduan untuk bersaksi dan maju ke hadapan. Sharing is caring right? Habis aktiviti, kami jalan2 cuci mata kat luar. Ada pasar malam. Biasalah, tempat perlancongan.

Masuk hari ketiga, dimulakan dengan aktiviti yang sama seperti semalam dan berbeza di tengah harinya lepas makan kami packing, bersiap untuk balik dan sesi angel morter serta penutup. Jam 3 petang kami berangkat pulang ke UUM.

Inilah kami sangat diberkati dengan camp ini. Apa2pun pasti setiap peserta dapat sesuatu yang baru di camp ini dan sangat pasti ini ada;lah salah satu kenangan terindah bagi semua. Apa2pun terus maju, terus berjalan bersama Dia, terus bersinar dan jangan biarkan talenta anda hilang. Gunakanlah sebaik2nya. God Bless All...

Ok sekarang sesi upload gambar2 yang banyak. Maaf tak dapat taip entry dengan menarik sebab aku sebenar dalam keterpaksaan, tiada mood, letih sangat2.


Ini kami gadis2 laluan A1. Kami ambil port belakang skali dalam bas.
Dalam bas pun jadi juga ambil gambar.
On the road to Penang.

Gambar wajib dengan berlatarbelakangkan banner camp.

Istana pasir Gad dan ratu hawai nya....


Acara paling aku tak suka. Tarik tali.
Ahli kami hanya sorang je berbadan 'besar'.
Memang 'kompom' la kalah beb.
TAPI, jangan tidak percaya kami ada juga tertarik lawan tau. hehehe....
Sakit badan lepas main ni.
Ada yang teriak ' I NEED PKU NOW!!!'
Hahahaha....

Ini kami semua. Great to 'camp' with you all.


Aktiviti masa senggang kami. Pantang tengok pentas tak ada orang guna dan microphone tengah 'rehat'.


Ini roda kumpulan kami.


Orang 'perabis' makanan yang diketuai oleh aku. Hehehehe....
Pantang nampak makanan ada je idea nak isi perut ni.
Berkat melimpah....


Aku tengah berkawan dengan kuda.
Sebelum ini berlaku, punya la baik aku posing sekali kuda tu buat gimik da....
Cun2 1 2 3 aku buat aksi begini.
Salah satu gambar yang kalau tengok berkali2 akan membuatkan isi perut aku geli.
Hehehehe... o... korang suka la ketawa2 tengok gambar aku ni....
Hep u!!! stop laughing! ngee~

Kami naik banana boat.
RM 10 after tawar menawar dan air laut tetap juga masin.
Kami 2 kali round.

Ini trip kedua.
Sangat best. Siap jerit kat abang 'bot' (yang bawa speed boat tu, guna tarik ni banana boat)
'ABANG..... BAWA LAJU2.....'
Dan masa round ke2 tu, abang tu bawa laju2,
sampai ke tengah laut.
Kami buat jeritan kalah kalau Jaclyn Victor punya jeritan tau...
Hahahaha... its so fun. Thanks abang 'bot'.


Street girl. Waktu jalan2 tengah malam di pasar ferengghi.

Cantik taman buatan ni.


Nak bawa gajah ni balik UUM
untuk sembelih hari raya ni....


Team pujian sepanjang camp.
Great job to you all....
All that u done for God. Amen!
Perasan tak 3 orang gitaris dan bass belakang guna spec hitam.
Alasan diorang kami yang di bawah ni ber'shine2' sudah.
Dah macam spotlight. Hahahah....


Ini sebenarnya gambar keluarga tapi ada 3 orang menyibuk. Hehehe
Brother Zeeroll, Jaydrum dan Spencer.


Gambar keluarga.
Its mean, inilah ahli CG Laluan A1 yang ikut camp.

Sebenarnya ada banyak lagi gambar yang mahu aku kongsikan tapi aku malas betul nak tunggu loading gambar tu. Ini je la yang mampu aku share kat entry ni.
Ok la... time now already 1.03am.
This moring I need to ready 8 am.
Start my mission today.
Huhu... aku belum packing lagi ni.
Apa2pun, see you on Monday or Tuesday ya.
Aku akan offline start in this morning...
Daa.....


2 comments:

Anonymous said...

nice laa.... love the picture... (n_n)

Umi said...

ya... thanks ying2. :)