Aku baru balik dari Misi Orang Asli a.k.a Misi OA yang dianjurkan FGC Changlun kebaktian BM. Misi ini memang dilaksanakan sekali setahun tetapi ini baru pertama kali aku menyertai misi ini selama 5 sem aku belajar di UUM. Ini bermakna aku terlepas 2 kali misi sebelum ini. Rugi kan? Hmmm... apa boleh buat. Banyak sangat halangan sebelum ini. Dan yang pasti, misi tahun depan adalah misi terakhir untuk aku sertai, aku PASTI dan MESTI sertainya walau apa pun halangan. Ah... aku tak kira. Hehehe.... Ini salah satu kerinduan aku, maka ini aku, aku terpanggil untuk sertai, aku bersemangat untuk sertai malah aku adalah orang pertama tulis nama untuk pendaftaran dulu. Dan sememangnya, banyak yang aku belajar dalam pelayanan aku di misi OA ini.
Pelayanan khusus aku di misi ini untuk mengetuai sekolah minggu di setiap kampung. Jadi, aku buat jadual pelayanan untuk ahli2 aku, fikir apa aktiviti, lagu sekolah minggu dan pengagihan cenderamata untuk anak2 di setiap kampung.
Hari misi kami dimulakan pada hari Jumaat lepas, bersamaan 10 September 2010. Kami disuruh berkumpul jam 8 di bus stop dpp masing2 tetapi kami di laluan A1 ini diambil tepat jam 9.15 pagi kerana van hanya sebuah sahaja mengangkut ahli2 ke FGC Changlun. Selepas itu, dari FGC Changlun kami guna 2 buah van menuju ke FGC Alor Setar. Kami ikut kebaktian BI di sana. Jam 3 kami bertolak dari Alor Setar selepas makan dan servis kereta menggunakan 3 buah van. Kami guna van Toyota panjang, van Ford yang pendek, dan Nissan Serena.
Trip ke dua dari UUM ke FGC Changlun.
Peserta OA dari laluan A1 dan B.
Allergic sungguh kalau ada orang bawa camera.
Apa lagi, snap snap snap... hehehe
Masa kami berhenti di R & R Sg. Perak aku sempat ambik gambar van2 kami.
Ini van Toyota panjang yang aku taip before this.
Van church yang kami pinjam khas untuk misi ini.
Brother Andrew yang drive.
'Penduduk kampung' di dalam van ini;
Denva, Redvin, Zeeroll, E-y, Ladia, Satiah, Lila
Van Ford yang disewa untuk misi ini.
Van ini yang bermasalah.
Tayar dia tak berapa bagus.
Syukur juga tiada perkara buruk berlaku.
Kami selamat pergi dan balik guna van ini.
Brother Thomas bawa van ni.
'Penduduk kampung' yang dia bawa;
Nilson, Hanita, Mac, Winccy, Evy dan Ac.
This is the best car.
Sangat2 selesa for us.
Syukur kerana aku ditempatkan di kereta ini.
Hehehehe.... Denva jeles dengan aku.
Siap minta tukar lagi suruh aku jadi co-pilot Bro Andrew.
Huh... tak nak. Hehehhe....
Driver van ni Sis Cindy dan spare diver adalah Brother Laurentius.
'VIP' dalam kereta ni;
Nis, Elixson, Elfira, Nelly dan aku sendiri.
Will miss this car. Hehehe...
Thanks pada jemaat FGC Alor Setar kerana sudi meminjamkan kami kereta ini.
Sis Yati datang sendiri ke Slimriver sebab dia dari kampung. Ahli misi OA ni korang kira la sendiri. 8 + 7 + 7 + 1 = ?
Perjalanan kami ke Slimriver sangat enjoy. Aku mana dapat tidur jalan2 macam ni. Kami apa lagi, ber'praise and worship' sepanjang perjalanan. Sampai Sis Cindy terleka sekejap memandu terlalu khusyuk dengan worship padahal van2 lain dah hilang dari pandangan kami. Hehehhe... Great to have member that really sporting. Kami sampai di Slimriver jam 9.30 malam. Kami bermalam di church Slimriver. Sangat besar dan selesa church dia. Bahagian bawah khas untuk lelaki dan bahagian atas khas untuk perempuan dan khusus tempat jamuan dan devosi kami.
Tempat tinggal kami selama 4 hari 3 malam sepanjang misi.
Ps. Arul akan jadi pengiring kami sepanjang misi ini.
Malam pertama selesai divosi kami merehatkan diri, buat persiapan terkahir untuk menjalani misi keesokan harinya. Pada mulanya, kami diberi pelayanan 5 buah kampung. Dan setibanya kami di sini, Ps. Arul bagitahu kami perlu buat pelayanan 6 buah kampung. Apa lagi, kelam kabut kami. Bagi pelayanan sekolah minggu tak apa la, tambah sahaja aktiviti dan agihan cendera mata dibahagi sama rata. Tetapi bagaimana pelayanan kesaksian dan khotbah? Siapa pula yang perlu buat pelayanan tersebut? Masih menjadi tanda tanya.
Mulanya hari pertama untuk laksanakan misi. Hari pertama kami perlu melayani 4 buah kampung.
Muka2 nervous untuk pelayanan pertama tetapi tetap senyum bila di'snap'.
hehhehe...
Pagi hari pertama misi kami hanya pergi ke sebuah kampung sahaja.
Lihat sendiri kehidupan orang asli di ulu Slim river ini.
Saudara yang di kerusi roda itu, badannya lumpuh tetapi dia tetap bersemangat untuk memuji Tuhan. Beliau juga meminta kami bernyanyi bersama2 dengan dia sementara Pastor berjalan mengelilingi kampung ini melihat anak2 grejanya.
Ini anak2 sekolah minggu di kampung ini. Tiada tempat khas untuk sekolah minggu jadi terpaksa berkumpul di luar dengan beralaskan tikar. Anak2 di sini TERsangat2lah hyper active. Huh.... aktiviti yang kami nak buat pun tidak menjadi di sini. Apa lagi, kami berempat yang handle pun blur tak tau apa nak buat. Tapi at last, inilah yang perlu kami handle, ini sudah jadi tanggungjawab kami dan kami berjaya handle dengan pertolongan rakan2 sekalian. Huh.... balik dari kampung ini, kami sama2 berdoa supaya anak2 kampung selepas ini tidaklah seperti ini. huhu....
Setiap kampung yang kami pergi, apabila kami sampai je, kami mesti akan terdengar suara jemaatnya bernyanyi memuji Tuhan. Itu yang sangat mengagumkan kami. Tanpa arahan pastor pun, mereka mampu mengundang roh kudus sendiri. Kami hanya dijemput masuk, salam jemaat yang ada, duduk dan pastor terus undang roh kudus lagi dan berdoa untuk pembukaan kebaktian. Selepas itu, kami terus incharge kebaktian tersebut, bermula dengan pengenalan rombongan kami, terus masuk ke praise dan worship, persembahan dari rombongan. Lepas tu bagi yang sekolah minggu terus ambil alih anak2, di kebaktian diteruskan dengan kesaksian dan khotbah dari ahli, doa dan tutup. Bagi kami yang handle sekolah minggu sangat rugi sebab tak dapat dengar kesaksian peribadi dan khotbah. Apa boleh buat, tanggungjawab kami untuk mendidik anak2 generasi baru ini.
Nak tengok persembahan kami?
Inilah persembahan kami setiap kampung.
Rombongan dibahagi kepada 2 kumpulan untuk persembahan.
Aku upload persembahan yang ada muka aku la wei...
Bagi tentatif sekolah minggu pula, kami dimulakan dengan doa pembukaan, nyanyi lagu sekolah minggu, aktiviti dan pengagihan cenderamata.
Mainan ini paling disukai anak2. Hanya dapat bagi di 3 buah kampung je.
Di kampung pertama, kami sempat pergi ke sungai di belakang gereja. Sangat jernih dan sejuk. Rasa nak je terjun. Hehehe....
Selesai pelayanan di kampung pertama, kami balik semula ke Slim River. Makan tengah hari, balik semula ke tempat kediaman untuk berehat sekejap. Sempat juga la kami menidurkan diri. 2.30 petang kami berangkat semula ke kampung ke dua.
Ini anak2 di kampung ke dua. Senang diurus, aktif tapi tidak hyper sangat.
Sis Nelly tengah bercerita tentang Yunus.
Kolam air panas yang terletak di ulu Slim river.
Ini satu2nya kampung yang masih ada rumah tradisional mereka tetapi hanya ada beberapa buah sahaja yang masih tinggal. Penduduk kampung orang asli kebanyakkannya rumah baru mereka dibina oleh kerajaan. Tidak kiralah, tanah mereka diambil untuk kawasan ladang kelapa sawit dan banyak lagi la. Terima kasih kepada brother Laurentius kerana sporting memberhentikan kereta untuk aku ambil gambar ini. Hehehhe
Gereja kampung ketiga.
Sangat besar grejanya sehingga kami yang buat persembahan digabung kumpulan kami.
Pada 2 tahun lepas, semasa aku sem 1, ada rakan2ku dan senior2ku yang pernah ke kampung ini menceritakan bahawa di kampung ini waktu itu belum ada gereja lagi. Gereja mereka di rumah orang yang dahulunya masih berumahkan batang buluh lagi. Mereka semua tidak menyangka bahawa sekarang penduduk di sini sudah ada greja yang begitu besar. Sangat moden kan orang asli sekarang. Praise The Lord!
Anak2 sekolah minggu di kampung ketiga dan rakan2 ku yang sudi menolong dalam pelayanan sekolah minggu. Terima kasih kepada rakan2 yang jenguk2 sekolah minggu. Tuhan berkati dan upahmu pasti besar di syurga.
Di kampung keempat, kami tidak melayani. Pastor hanya mahu kebaktian singkat sahaja dengan renungan. Rombongan kami sangat diberkati dengan cadangan tersebut sebab masing2 pun penat, letih dan lesu. Lagipun tidak perlu susah payah nak fikir siapa patut melayani di kampung ke enam nanti.
Di kampung ke empat, aku tidak ambil gambar sebab aku sendiri sangat2 letih. Tiada mood nak ambil gambar dan berkejar2 tengok flash camera. Hehehe
Hari kedua pelayanan kami di Selangor.
Jam 6.15 kami bertolak dari Slim River, berhenti pekena roti canai di Ulu Selangor sebelum kami terus ke kampung yang kelima.
Ini anak2 di kampung ke lima.
Sangat2 diam. Sangat2 pasif.
Tetapi banyak yang mahu melayani di sini sampai sekolah minggu di sini lambat habis.
Di kampung terakhir, di Serendah, Selangor, aku tidak berapa sangat ambil gambar. Tapi banyak gambar aku kat camera orang. Sekolah minggu pun, aku serahkan bulat2 kat sis E-Y yang incharge aktiviti. Aku hanya tarik2 orang sahaja untuk membantu dan kawal masa. Di kampung terakhir juga, altar call di buat dan tugas mendoakan orang ini sangat berat. Dan inilah pelayanan last kami. Usai kebaktian, kami diberi jamuan ringkas. Selepas itu, masing2 antara kami excited nak mandi manda di air terjun. Yeah... kami mandi air terjun dekat dengan empangan Ulu Selangor. Airnya sangat jernih dan sejuk. Puas hati kami2 yang memang nak mandi tapi boring bagi yang tidak mandi. Hahaha...
Selepas puas mandi, kami terus balik ke Slimriver. Nyenyak sangat tidur walaupun sebenarnya van pastor tidaklah seselesa Serena kami. Mungkin disebabkan letih yang tersangat, lega dengan pelayanan sudah selesai, kami boleh tidur dengan nyenyaknya sampai di Simriver.
Tiba di Slimriver nak dekat jam 6 petang. Kami semua mengadu lapar. Baru perasan sebab kami langsung tak makan nasi hari ini. Sementara tunggu exco2 beli makanan, sempat juga la kami menidurkan diri. Tidur lagi.... yea.. aku sangat2 lemah masa ini, perut aku sakit. Orang suruh makan pun, aku tak lalu makan. Aku apa lagi lari masuk bilik, call abang. Lepas call abang baru aku ada mood nak makan. Biasalah. Abang aku kan ubat sakit aku seperti abang juga aku dijadikan ubat tidur dia. Eyh2... jangan nak lebih2 cerita pasal abang di sini. Ini bukan entry pasal dia.
Lepas makan, kami ada devosi jam 10.30pm... Jadi apa lagi yang boleh aku buat??? Aku tidur lagi...sampai jam 9.30pm aku bangun untuk mandi, gossiping dan devosi. Lepas devosi kami minum2, cerita2 sampai aku tidur balik.
Hari Isnin, kami terpaksa bertolak awal pagi, perancangan mula2 nak bertolak jam 4.30 pagi. Lepas tu pengumuman malam sebelum cakap jam 5.30 bertolak. Tapi pada hari kejadian, sangat mustahil kalau on time ikut dalam perancangan. Akhirnya kami bertolak jam 6 am dari Slimriver. Gonna miss that place. Hope I can go to this place again...
Kami terus ke Taiping. Berhenti breakfast di sana. Selepas itu, kami terus ke Zoo Taiping. Untuk masuk ke sana dengan rombongan kami hanya RM 10 seorang setelah dirunding oleh brother Thomas.
Belum lagi masuk dalam zoo, baru pintu masuk sudah berapa snap gambar yang kami ambil. Hai.. inilah susahnya kalau allergic sangat dengan camera.
Sangat berbaloi kalau masuk ke zoo ini sebab macam2 ada. Tapi ada juga binatang yang tak ada kat sini. Paling yang kami tidak sangka la jenis binatang ini ada kat sini. Binatang yang mulanya kami sebut2 'hmmm... kalau la 'tut' itu ada di sini, eyh... tapi ini zoo... mana ada zoo nak tunjuk binatang macam itu.'
Sekali kami jalan2 jumpa sign board ni,
See... aku tak tipu. Memang ada di sini. Hehehe... Taman Tumbina kat Bintulu tak ada tau. Yang ada kat rumah aku je. Korang nak berapa ekor. Bapa aku ada jual masa hari Gawai, Krismas, Tahun baru dan Chinese New Year. ( alamak, siap buat promosi pulak dah) Gambar di zoo ni tak payah la aku nak upload kat sini. Banyak sangat. Korang tengok je la kat FB tu. Ada orang yang rajin tagged gambar aku yang sememangnya merata2 di camera orang. Hehehe... terima kasih la dengan jurugambar2 dan sudi men'tag' gambar aku.
Di zoo ini juga la, segala persoalan kami sekawan terungkai begitu sahaja. hehehe... o... korang nak main hide and seek dengan kami ek. Jangan lupa kami ni pun boleh jadi detektif Conan tau walaupun kami ambil accounting apa semua la di UUM.
Haha... hope all the couple will have their happiness ever after...
Keluar dari zoo dah nak dekat jam 12. Kami terus balik dan hanya singgah di Penang untuk makan, lepas tu berhenti di R & R Gurun isi minyak dan membuang. Terus ka Alor Setar hantar Serena kami ke mother church. Sempat juga la bergambar kali terakhir dengan Serena. ( Gambar last dengan Serena belum sampai kat aku). Teruskan pejalanan ke Changlun singgah beli barang di C-Mart. Lepas tu balik ke UUM. Pusing punya pusing aku selamat sampai di bilik nak dekat jam 7.30 malam. Amin... Selamat pergi dan selamat kembali.
Ya... inilah cerita perjalanan yang yang boleh dikatakan singkat tapi panjang juga. Banyak yang aku pelajari, perolehi, dan yang penting perkara indah berlaku di setiap peribadi peserta OA. Antara kenangan terindah dalam kehidupan kami.
Guna pakai kami Tuhan jadikanlah kami alat kemuliaanMu.
Aku pasti next year, semester terakhir aku, aku mahu ikut juga misi.
Booking awal2...























No comments:
Post a Comment