My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Sunday, October 3, 2010

Ada ke???

Pagi tadi punya la semangat nak bangun untuk proses yang sememangnya setiap ujung semester kena alami iaitu add drop dan dengan penuh sukacitanya aku bangun, cuci muka, berus gigi then terus on laptop, connect broadband sambil siap2 buat roti telur + horlick... sedap gitu... Aku bertapa ngadap laptop sambil breakfast. Nikmat kan... Tepat jam 8 aku buka portal UUM. Eyh2... laju juga buka web portal ni. Lepas tu cari2 mana link add drop tapi tak de pula. Hmm... try la buka dari link time table. Nak buka page time table punya la lambat. Aku apa lagi, terus on ym yang dah tersedia berhabuk sebab lama tak ber'ym'. Huhu... Ada kawan ku sorang Vanissa tengah online. Cari kawan2 yang lain pula, diorang tak available pula. Gerenti diorang on fb je. Aku memang malas nak on fb. Biasalah jadi budak baik sekarang. Hehehe... Ye ker???

Ok... done part tu, balik ke asal. Aku refresh punya refresh page portal tak juga dapat masuk. Sampi kena ber'ask'2 lagi. Error la, connection failed la... Haish... Geram juga la tapi aku nikmati breakfast aku tak la membuatkan aku geram sangat. Lastly, aku buka juga la fb aku untuk mengetahui perkembangan semasa diorang. Macam2 la status yang keluar kat home tu... Biasalah... kita hanya seorang manusia yang sememangnya tidak dapat kawal diri. Aiseh... Lepas dah buka fb tu apa lagi, aku bergiat la komen2 kat home sana tu cuba untuk menceriakan suasana yang sememangnya tegang dan stress dengan benda yang tidak bernyawa. Setelah lebih satu jam meng'refresh' tak dapat2 juga, tiba2 terbaca satu status ni dari salah seorang sis.
"Add drop ditangguhkan ke 6hb"
What!!!
Hmmm... Aku rasa aku adalah orang kedua komen tapi lepas aku tekan comment and refresh balik page home tu dah nak dekat 10 comment dah kat status tu. Status terhangat dow... Aku baru je nak kasi announce kat kawan2 lain, diorang pun dah tau juga. Uwaa... cepatnye berita tersebar... Ala apa nak hairan sekarangkan teknologi TERsangatlah canggih.
Ok... dengan penangguhan add drop itu tadi, maknanya sia2 jugalah tidur pagiku tadi. Tapi syukur aku tak perlu ponteng kelas sebab kelas aku start jam 10 pagi hari ni. Tapi lagi... hari Rabu ni bertapa la lagi jawabnya. Huwaaaa..... dah la banyak assignment nak kena hantar pada tarikh 6hb itu. Sabar je la...

Ni aku nak ucapkan terima kasih dengan senior2 aku yang sama kelas Company Secretarial Practise (CSP). Aku tanya kat diorang tadi apa paper elektif yang 'best' diambil. Diorang cakap ada 3 subjek popular iaitu analisis, forensik dan risk. Dan paper yang tak seberapa famous pula adalah tax. Hmm... semua ni subjek yang nak aku ambil sekarang. Ok... final decision aku nak ambik analisis dan risk sem ni dan sem depan aku ambil tax. Ok... comfirm. Cop! Sah!

Dan sebentar tadi for the first time, aku word investigation dengan roomate ku. Hmm... ini perkembangan yang baik, bagus, good and what so ever la... hehehehe... at least can share right? Ok done until this for this moment. Aiseh... apa pulak nak ber'bi' 'bi' ni.... Nak practice untuk Extraordinary General Meeting nanti... ehehehe....

Owh ya... nak tulis schedule la pulak.

6/10
Hantar tutorial Tax.
Hantar projek FAR.
Extraordinary General Meeting (jadi Managing Director [MD]) pukul 2 petang

8/10
Practice WL pukul 10 pagi
UUPG pukul 12 - 2 petang
Kebaktian pukul 2.30 - 5.00 petang

11/10
Job Interview pukul 12.30 tengah hari

12/10
Interview company

14/ 10
Hantar projek MALAN

21/10
Executive Meeting + acting

27/10
Written exam pukul 5.00 - 7.30 petang di DKG 3/4

No comments: