Aiyark... apa aku buat selama ni??? Sampai aku terlena, terleka, alpa dan sewaktu dengannya. Tiba-tiba je tak de ribut tak de apa 3/10 adalah tarikh add drop bagi kami yang sem 5 ni... Huhuhu.... Syukur juga la aku tau cepat. Tapi last minit juga aku susun jadual. Aku tengah bingung ni kenapa la subjek elektif tak buka semua. Satu subjek yang aku nak ambil sebagai elektif tak de kelas pula untuk next sem. Huwa.... aku nak juga subjek tu!!! Aku nak! Aku nak!!!
Hmm... sem depan dah sem 6 dah aku. Oyeah... mudah-mudahan dapat grade sem 7 nanti. Tak nak extend beb... Sengsara wei nak habiskan berapa bulan satu sem oi... Tak pe. Kita yakin boleh jer...
Tetiba aku teringat kat abang. Apa la cer abang aku tu. Nanti2 lah adik call abang ok. Adik sibuk la. Ni baru je adik habis buat kerja. Tengok la jam sekarang pukul berapa. Jam meja aku menunjukkan 01.48 pagi. Mesti abang dah syok berdengkur mimpikan adik yang cute nih.. ehehehe.... perasan. Like my heart la wei... Tu sebab la adik tak nak call abang. Bukan tak nak ek... Nak tapi tak nak ganggu abang la time2 macam ni. Abang dah penat kerja. Nanti kul 4 @ 5 abang dah nak kena bangun pula. Malam2 adik busy la bang. Mana nak masak, makan, meeting sana sini, merayau sana sini, buat itu ini tak sedar la pulak jarum jam saat tu dah brapa kali round, bulat, circle kat jam tu. Erk... apa aku merapu ni??? Ni la kejadahnya orang dah tau nak buat apa. Kui3...
Untuk pertanyaan brother Ramy tadi, salah seorang exco greja, bagaimana kalau aku dipilih untuk exco CF dan exco greja?
Hmm... aku tak tau la nak jawab macam mana sebab aku sekarang dua2 aku bagi komitmen yang mungkin terbaik bagi aku pada persekutuan CF dan greja sekalipun. Aku tak pernah pilih kasih pun dalam mana2 persekutuan. Sem ini memang aku sangat2 the best punya pelayanan sebab aku mahu saling melengkapi dan saling melayani sesama saudara2 yang memerlukan bantuan aku tidak kira di CF atau di greja. Yang penting kita punya kerendahan hati untuk melayani untuk kemuliaan Tuhan juga kan. Apa2 pun Bapaku suruh aku bagi komitmen lebih pada satu2 ini, aku akan cuba bukan try dan test tapi C.U.B.A. untuk buat yang terbaik untuk DIA bukan untuk manusia. Inilah jawapanku kalau aku di tawarkan kedua2 exco ini. Tapi mustahil juga kan dua2 jabatan ini rebut aku sorang sebab banyak lagi pun calon lain yang boleh menjadi exco ini terutamanya junior2 yang sememangnya layak menjadi perintis, nakhoda kapal yang sudah tersedia untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Aku tidak perlu ada jawatan untuk melayani di mana. Aku dengan kerinduan yang ingin melayani, aku melayani sebagai jemaat biasa. Maisng2 kita dalam proses pembelajaran untuk sama2 menjadi terang dan garam dunia.
Opss... serius pula aku. Ngehehe... aku nak tidur tapi mata aku masih ok lagi ni. Aku dah puas tidur petang tadi pula. Biasalah hari Sabtu adalah hari minggu aku. Kalau yang lain tu ada yang masih ber'ko-k' lagi. Apa itu ko-k ar??? Hehehe... Aku dah lama grad dari benda alah tu. Ok la... untuk mengelakkan aku makin merapu lagi, apa kata aku FULLSTOP kat sini. Chow lu...
No comments:
Post a Comment