My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Thursday, October 28, 2010

Semester 5

Akhirnya, satu hari ni je lagi aku kena masuk kelas untuk belajar bagi  semester kelima ini. Huh… Finally… Dengan kesibukan hari2 yang aku alami. Bangun pagi, pergi kelas, buat tutorial, assignment, projek, interview sana sini, discussion berhempas pulas dengan groupmate untuk menjayakan satu2 assignment yang dibagi lecturer yang datang satu, hantar satu, datang lagi berpuluh2, pelayanan di CF dan gereja yang semakin lama semakin besar tanggungjawab yang aku pegang. Huwaaa….. makin tua la aku.

Bermula dari 13 Julai lepas, aku kembali semula ke UUM ini untuk menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang pelajar dengan azam yang baru. Ingin fokus dengan study dengan pelayanan sahaja dan ini aku sekarang. Aku telah laksanakan semuanya. Thanks to Lord because of Him strength I can as far as I am now.

Semester ini banyak yang aku pelajari. Aku dapat bergaul dengan orang selain dari coursemate aku terutamanya dalam kelas BLE. Groupmate aku Diana, Ayu, Sarah dengan Kak Dayah. Sama2 berlakon dalam executive meeting. Aku juga dapat banyak abang dan seorang kakak sem ni kat kelas Company Secretary and Practices, Kak Parin, Abang Azam, Abang Wan, Abang Nik, Abang Che Li… [Akak, abang2ku sekalian, adikmu ini rindu nak duduk sama2, gosip, ngumpat, joking2 ngan korang. Huhu…]. Kelas CSP ni habis awal hari tu sebab Prof. Nor Aziah pergi Mekah. So, kadang2 tu terasa gak la time2 yang dahulu kalanya aku sepatutnya duduk kat kelas dok menyembang ngan akak dan abang2 aku, sekarang ni aku dok melongo je kat bilik. Lagi2 diorang ni semuanya final student. Lepas ni, kalau jumpa pun masa final CSP dan terserempak kat mana2 time diorang praktikal. Hmm… tak pe la. Dunia sekarang kan makin maju. Apalah gunanya teknologi terutamanya “Buku yang tak pernah kita khatam2 nak baca”. Apa2 pun aku rindu kat korang semua…

Bulan ni bulan paling menyesakkan aku. Bermula dengan hari yang sangat2 terrible iaitu 6/10. Kalau korang ada baca entri sebelum ni tau la apa kisahnya hari itu. Lepas tu dengan projek last minit, dengan proposed sebagai exco, dengan pertaubatan yang aku buat, dengan pelayanan yang datang tiba2, senyap2, di masa aku masih belum bersedia, Tuhan telah guna pakai aku sebaik mungkin. Huh… Dengan kekurangan yang aku alami tapi dicukupkan juga. Puji Tuhan untuk semua ini.

Aku tahu, inilah ujian yang Tuhan bagi padaku untuk mengetahui sama ada aku tetap setia dengan Dia atau tidak. Aku tahu, Tuhan tidak akan memberikan pencobaan pada kita melebihi kekuatan yang kita ada. Thanks for everything Lord!!!

Lepas ni bersiap sedia dengan segala2nya aku perlu siap untuk menghadapi hari esok dan hari2 yang akan mendatang.
 3-4/11 aku ada retreat untuk exco gereja. Aku kena siapkan khotbah yang perlu aku kongsikan masa itu. Huwaa… sudahlah aku seorang je senior dari perintis. Maka aku tersangat2lah risau untuk didahulukan orang. Ngee… takutnyer….
Lepas tu kena siapkan diri untuk final exam 5 paper. Hmmm… chaiyok2 mi…

No comments: