Sekarang jam menunjukkan 9.47 am. Aku baru je bangun. Hehehe... APA??? Suka ati aku la nak bangun pukul berapa pun. Ada aku kesah? Ngee... Aku baru je tidur pukul 5 pagi tadi tau. Pukul 7 aku bangun untuk bangunkan orang melalui phone lepas tu tidur balik. Huhu... Ini bukan rutin aku selalu. Hanya hari ini sahaja. Ada cerita di sebalik kejadian2 pukul pukul ni. (bukan pukul dera tu.)
Lepas makan malam yang boleh dikenali supper sambil bercerita dengan rumet terchenta aku, pukul 1 pagi aku mengadap balik laptop aku dan rumet aku siap untuk beradu. Aku mengadap laptop buat apa? Aku main game. Hehe... Tak insap2 kan padahal slide belum habis buat lagi. Esok lusa dah nak present. Skrip lakonan executive meeting belum edit, belum hafal lagi. Haish... ROMY.... FOCUS!!!! Jap2... bagi aku habiskan entry blog ni dulu.
Balik ke cerita asal.
Sambil aku main game, sambil aku mendengar lagu sentimental yang diudarakan oleh dj MuzikFM.Tiba2 pukul 3.32 pagi, somebody yang lama x contact aku, call. Last aku contact pun lepas aku balik dari Kuching bulan 6 lepas. Dah 4 bulan beb... Aku menjawab phone as usual dengan permulaan tekan butang hijau dan sebut 'Hello!'. Aku terkedu, terpana, ter ter ter apa lagi aku tak tahu dah sebab aku dengar suara dia ni lain macam jer. Dia terus bagitau yang dia dalam keadaan tak berapa sangat. Conclusionnya, dia stress la dengan apa yang dialaminya sekarang. Sampai dia mengadu dia dah tak ada kawan. Tapi aku tetap katakan Engkau ada 'AKU'. Dia kata aku jauh... 'Hey, jauh dekat tak jadi masalah la. Jangan jadikan jarak sebagai alasan dalam apa pun perhubungan. ok. Alasan itu tak logik.' Dia menangis, menangis dan menangis membuatkan aku tak tahan. Aku pun nak nangis... Huwaaaa..... Weyh... sempat aku memperingatkan diri aku, 'Jangan nangis. Jangan nak mengada2 ek. Biar dia sorang je menangis. Aku hanya boleh jadi pendengar setia dan bagi nasihat, kata2 semangat je. Kawal emosi.' Mula2 tu memang tertitis juga la air mata ni. Lepas tu aku dah dapat kawal dah. Huhu... siapa tak sedih kalau orang yang kita sayang rasa sakit, sedih, kecewa sampai mengadu kat kita kan. Huwaa... mummy... puppy.... oppsss... terlebih sudah.
Apasal la aku selalu je melencong tempat lain kalau nak bercerita. Mesti juga nak belok2. Jarang nak jalan straight. Hee...
Aku tanya dia berulang2 kali. 'What happen to you??? Tell me!'. Then, dia cerita juga la. Bla bla bla bla... Aku tak leh nak mention apa kes, siapa, kenapa, mengapa, bagaimana, berapa, apa apa apa lagi la. Privasi orang. Tak boleh nak hebohkan. Hehe... Kena jaga juga kan.
Tapi, panjang punya panjang cerita aku ini, aku nak fokus dengan ini. (Baca lagi kat bawah ek...)
Kawan aku ni seorang lelaki. Berlainan agama dengan aku. Salah seorang kawan yang aku kenal masa Form 4 dulu sampai sekarang kami boleh dikatakan bestfriend. Yah... aku boleh katakan kami berdua adalah bestfriend sebab kami berdua 'open'. Apa2 kami share walaupun lepas aku keluar dari matrikulasi kami jarang sangat contact each other. Kalau dulu dia memang jaga dirinya, jaga agamanya. Kadang2, time sama2 kat matrik, aku juga la yang ingatkan waktu untuk dia. Walaupun aku tak lah terlalu alim bab agama tapi kena ingat Tuhan beb. Tapi sekarang, aku sangat2 sedih, kecewa, frust dengan dia. Dia sudah tersangat2 jauh. Dan kenyataan yang dia bagitau kat aku pagi tadi membuatkan aku makin kecewa dengan dia. Dia telah melakukan benda yang tak aku sangka dia lakukan. WHY??? Aku betul2 tak sangka. Aku bagitau juga dengan dia betapa frustnya aku dan aku tekankan, walau betapa frustnya aku, aku tetap KAWAN dia. Aku tak boleh nak BUANG kawan begitu sahaja. Tanggungjawab aku, balikkan dia ke pangkal jalan sementara masih sempat. Aku sayang sangat kat kawan aku. Aku tak boleh tengok diorang 'jauh'.
Aku hanya mampu berkata2. Aku tak tau dia dengar atau pun tak. Aku tak kisah kalau dia tak dengar tapi aku sangat kisah kalau dia makin 'jauh' dan tidak melakukan pertaubatan.
'Tuhan, bantuilah anakmu ini untuk membangkitkan semula kawanku yang terlalu lena tidur ini. Aku pasti, walaupun berlainan agama tapi Tuhan hanya satu bukan?'
Dia mengadu kepadaku. Aku pula mengadu kepada Tuhan lepas kami berdua selesai berbicara. Berseru kepadaNya. Minta hikmat kebijaksanaan. Apa yang perlu aku buat? Roh kudus berbicara, mesejlah dia. Bagi kata2 semangat. Dan aku taip mesej mengikut rentak roh kudus dan sent.
'Ya Tuhan, ini anakmu, aku meminta kepadaMu, berikanlah damai sejahtera pada anak ini. Apapun problem yang dia alami, lepaskan semua itu dan curahkan sukacita kepadanya. Amin
< dasar semua agama adalah sama dan yang paling asas adalah KASIH. Yang membezakan setiap agama adalah cara ajarannya. Ingat, dalam kehidupan kita perlu memilih jalan yang betul. Highway atau jalan sempit. Syurga hanya ada SATU. Neraka juga ada SATU sahaja. Apa2 agama pun, kita akan tetap masuk syurga atau neraka yang sama. Engkau tidak pernah keseorangan. Aku sentiasa ada bersamamu. Marilah kita datang kepadaNya. Tuhan memberikan Ayub dua kali lipat dari segala kepunyaannya dahulu dan tidak mustahil engkau juga akan dapat seperti Ayub.>
'*********, aku sayang semua kawan2 aku termasuk kau. Walaupun kawan2 aku yang lain sik suka kau tapi ku tetap kawan ngan kau sebab KASIH. Aku paling kecewa mun orang yang aku sayang 'jauh'. Tanggungjawab aku sebagai kawan hanya boleh mengingat lepas ya dari korang jak mok berubah g bait or makin jaik. Kadang2 kita sik mampu mok jadi the best person tapi pastikan kita dah buat yang terbait.
Motivation of the day.
Sekian dari Dr. Romy yang akan menggantikan Dr. Fazley nanti. Aisehmen :p'
Tanpa aku sedar, pelayanan aku makin bertambah dan makin besar. Terima kasih Tuhan kerana engkau mahu menggunakan aku menjadi alat kemuliaanMu. Gunalah aku, pakailah aku. Hanya ini yang mampu aku sembahkan kepadaMu. Diriku ini. Ajar aku untuk terus setia kepada Engkau. Ajar aku untuk terus merendahkan diri di hadapan Engkau. Biarlah aku melakukan segala2nya berpandukan kekuatan dari Engkau dan bukannya dari kekuatan manusiawi aku.
No comments:
Post a Comment