My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Tuesday, November 2, 2010

esok yang kunantikan

Esok????
Huh.... kenapa 'esok' jadi persoalan di sini?
Tiba2 aku seram sejuk wei...
padahal sebelum ni aku cool je pun.
Memangla cool sebab dah 4 hari berturut2 hujan di UUM ni,
sampai UUM pun banjir.
Majlis konvokesyen hari terakhir hari ini tak dapat diadakan,
sebab Sultan Kedah tak dapat sampai ke UUM.
Kesian kakak2 senior ku yang bersemangat datang ke UUM ni,
tiba2 kena balik malam ni tanpa segulung ijazah.
Mana2 lah aku merepek ni.

Esok?
Apa jadi?
Esok aku ada retreat untuk exco gereja.
First time aku bersama2 dengan keluarga exco gereja.
Senior exco semua sporting je pun.
Aku jer yang rendah diri di dalam group ni,
sebab hanya aku sahaja perintis 'senior' dari perintis2 lain.
Ye la kan.
Selalunya perintis adalah di kalangan junior2 yang baru masuk semester ini.
Tak sangka pula aku ada tergolong dalam perintis sem ni.
Hmmm.... Tuhan tidak mengenal usia pun untuk melayani-Nya.
Tuhan akan guna pakai orang sebaik mungkin.

Esok aku kena awal bangun.
Doakan malam ni tak hujan tak esok pun tak hujan.
Pukul 8 pagi seperti yang telah dijanjikan dengan brother tadi,
kami akan tunggu bas sama2.
Sampai di Alor Setar, berkumpul di Pacific.
Rasanya, Pacific belum buka kot time kami sampai tu.
Biasalah, kat sini kedai buka tengah hari.
Tak macam kat tempat aku sendiri.
Kumpul di Pacific, tunggu Pastor ambil.
Sampai di gereja, siap2.
Dan acara paling buat aku 'nebes' sekarang sampai aku nak demam dah nih
adalah 'khotbah'.
Tuhan, tolong anakMu ini!
Huhu....
Skrip dah lama dah siap. 
Cuma sekarang ni tetiba terbayang macamana suasana esok.
Ok ok... cool beb.... just cool...
Syuh2.... perasaan gentar... PERGI kau dariku.
Aku ingin terus bersukacita....

No comments: