Seperti yang pertama aku ucapkan dulu,
Tuhan kita hanya SATU.
Syurga dan neraka juga ada SATU.
Cuma kita di dunia ini mempunyai agama yang berlainan dan cara ajaran yang berlainan.
TAPI, dasar kita semua agama adalah K.A.S.I.H.
Hukum asas agama kita juga sama
seperti jgn mencuri, jgn jgn jgn tu semua.
Semua manusia dilahirkan memang sudah dalam keadaan berdosa.
Kerana disebabkan Adam dan Hawa yang mengingkari perintah Tuhan dahulu.
Dan semua manusia juga ada sudah kunci pintu syurga di tangan masing2.
Cuma kita sendiri yang perlu buat keputusan untuk mahu masuk ke 'rumah yang indah' tersebut atau tidak.
Aku sebagai salah seorang kawanmu, tidak sanggup melihat engkau menderita di dunia mahupun di akhirat.
Begitu juga aku perbuatkan untuk orang lain.
Bukan hanya engkau sahaja.
Mari kita sama2 datang ke arah kebaikan, tinggalkan kejahatan.
Mari kita sama2 datang kepadaNya.
Mari kita sama2 mencari, berseru kepadaNya.
Sebab hanya pada DIA seorang sahaja tahu apa kebenarannya.
Hanya dia sahaja yang mampu selidiki hati kita.
Aku tidak mampu selidiki hatimu.
Aku juga masih dalam proses pembelajaran untuk men'dewasa'kan rohani ku.
Bukan aku ingin merebut peluang ini untuk melakukan penginjilan di saat kekurangan engkau pada saat ini.
BUKAN.
Jangan salah faham kawan.
Walaupun kita berlainan agama, aku tetap menghormati agama engkau.
Tetaplah berpegang teguh kepadaNya.
Tetaplah percaya kepadaNya.
Engkau belum terlambat lagi.
Ubahlah dirimu satu persatu.
Aku tidak berhak untuk memaksamu untuk berubah 100%.
Aku hanya mampu menasihati, memperingati sahaja.
Hanya dirimu sahaja yang boleh mengubah dirimu sendiri.
Tiada orang lain.
Dalam proses engkau ingin berubah,
minta tunjuk ajar dari Tuhan.
Bagaimana aku harus melakukan perubahan?
Apa yang harus aku buat?
Minta perlindungan daripadaNya.
Minta jauhkan diri dari segala iblis2 yang mahu mencuri masuk ke ruang kecil.
Tetapi, apabila kamu meminta daripadaNya,
INGAT, jangan engkau pandai2 buat kesimpulan sendiri untuk melakukan perbuatan yang mahu engkau lakukan.
Tanya lagi sekali untuk mendapat kepastian,
adakah betul aku perlu lakukan itu?
Jika engkau lakukan sesuatu mengikut kata dagingmu sendiri,
engkau akan binasa.
Di masa engkau ingin ke tahap perubahan,
si iblis tidak pernah tidur, tidak pernah putus asa untuk menghancurkan engkau.
Jangan bagi ruang untuk si iblis masuk ke dalam dirimu.
Berjaga2 lah selalu.
Di dalam rohani kita,
kita mulakan dengan bertumbuh, berakar dan selepas itu kita berbuah.
Saat ini, imanmu yang dulu sudah mati, sudah bertumbuh dalam dirimu.
Mana yang engkau mahu?
Bertumbuh di atas batu, pasir atau tanah yang subur?
Aku galakkan engaku marilah kita sama2 betumbuh di tanah yang subur.
Selepas engkau bertumbuh, engkau akan berakar.
Tegapkan pokokmu. Stabilkan kedudukan engkau dalam rohani.
Jangan pernah goyah. Terus bersama denganNya.
Sudah engkau stabil dengan imanmu itu, di situ kita berbuah.
Sentiasa tabur baja dan siram pokokmu itu supaya tidak pernah layu dan berbuah lebat di akhirnya.
Sembahyang di masa yang tetap. Terus berdoa.
Pasti dan TERJAMIN di kemudian hari engkau akan mendapat sesuatu yang indah daripadaNya.
Praktikkan ini dahulu wahai sahabat.
Ini adalah tahap pertama untuk tingkatkan dirimu dalam rohani.
Masih banyak lagi yang perlu engkau pelajari.
Buatlah satu persatu.
Jangan tergesa2.
Ini renungan yang aku mahu kongsikan untuk kali ini.
Di masa yang lain aku ingin mengongsikan bagaimana kita mahu menjadi DEWASA DALAM ROHANI.
No comments:
Post a Comment