Aku mahu kongsikan renungan ini.
1 Samuel 1: 19- 28
Baca ayat ini dahulu. Buka alkitab anda.
Kenapa aku kongsikan firman ini? Sebab seperti yang aku bagitahu sebelum ini. Temaku hari ini adalah 'Hormatilah ayahmu dan ibumu.' Kenapa aku ingin bawa tema ini? Sebab hehe... (masa aku khotbah ini, aku belum bagitau sebab dia. Di pengakhiran khotbah baru aku bagitahu kepada mereka.)
Aku ingin fokuskan tentang Hana di sini. Hana adalah salah seorang isteri Elkana. Elkana ada dua orang isteri. Seorang lagi adalah Penina. Hana telah ditutup oleh Tuhan kandungannya. Maka, Hana tidak dapat melahirkan anak. Penina ada anak bersama Elkana. Penina selalu menyakiti hati Hana perihal dia tidak dapat melahirkan anak.
Satu hari di Silo, dia berdiri dan dengan hati yang pedih dia doa sambil menangis tersedu-sedu.
Ayat 11 "TUHAN semesta alam, jika sungguh-sungguh Engkau memperhatikan sengsara hamba-Mu ini dan mengingat kepadaku dan tidak melupakan hamba-Mu ini, tetapi memberikan kepada hamba-Mu ini seorang anak laki-laki, maka aku akan memberikan dia kepada TUHAN untuk seumur hidupnya dan pisau cukur tidak akan menyentuh kepalanya."
Perhatikan ayat ini. Dengan sunguh2 Hana berdoa dan bernazar tanpa dia memikirkan tentang diri sendiri dan anak itu. Setahun kemudian, Hana mengandung dan melahirkan seorang anak laki-laki yang bernama Samuel. Dia bagi nama Samuel kerana, "Aku telah memintanya dari pada TUHAN."
Selepas anak itu cerai susu dari Hana. Dia menyerahkan Samuel atas jagaan Eli di Silo. Perhatikan sekali lagi di sini. Di masa dia menyerahkan Samuel kepada Eli, Hana tidak berdua hati sekali pun. Tidak berfikir untuk menarik balik nazar yang telah dia buat sebelum ini. Sedangkan sebelum ini, TUHAN pernah menutup kandungannya dan telah disakiti oleh Penina. Dia berika juga anak itu kepada Eli.
Persoalan di sini, jika anda, Sanggupkah setelah anda disakiti, sengsara sangat, telah dihina madu sendiri, dipandang rendah, tiba2 sesudah kamu bersusah payah beranak, kamu serahkan terus anakmu kepada TUHAN.
Sanggupkah anda?
Dalam konteks ini, aku ingin membuat kesaksian tentang diri aku sendiri.
Aku ada 4 adik beradik. Aku anak bongsu dan satu2nya perempuan di kalangan kami adik beradik. Jarak umur aku dengan abang2ku sangat jauh. Abang2 ku lahir ada tahun 77, 78 dan 80 dan aku lahir pada tahun 89. Sangat jauhkan. Dan ini membuatkan generasi kami berbeza. Di masa aku mula kenal dunia sebelum aku masuk ke tadika, aku masih ingat lagi, di masa itu abang2 aku semua sudah habis sekolah dan bekerja. Dan hanya aku seorang sahaja budak kecil di rumah. Aku tiada orang jaga. Bapaku bekerja dengan kerajaan. Ibuku suri rumah sepenuh masa tetapi dia bergiat dalam perkebunan, menjual sayur2 dan buah2. Masa kecil aku, aku sering diheret ke mana2 ibu bapaku pergi. Kadang2 aku ditempatkan di rumah saudara2 ku kerana ibu bapa ku outstation ke tempat lain. Aku sering menangis kerana sering kali ditinggalkan.
Tetapi masa itu, aku cuma tahu erti gembira bila dapat sesuatu yang aku ingini dan menangis kalau aku tidak dapat sesuatu yang aku ingini. Biasalah budak2. Bila umur aku mula meningkat lagi. Aku kenal apa itu perasaan sedih, kecewa, dan macam2 lagi perasaan. Terutamanya masa aku Tahun 5 dan 6. Masa itu aku ada tuisyen petang. Pukul 2 hingga 4. Aku kena tunggu bapaku balik kerja untuk jemput aku balik. Kadang2 bapaku ambil aku pukul 7 lebih. Bayangkan anda seorang sahaja di tempat yang tidak berapa 'baik' dan anda hanya budak kecil baru berumur 11 atau 12 tahun, selalu jumpa pelbagai jenis orang. Sangat menggerunkan bukan? Pada masa itu, aku sering menangis sambil menunggu bapaku sampai.
Umurku meningkat lagi. Di masa aku Tingkatan 3,4 dan 5, aku mula kenal apa itu emosi. Di masa itu, aku memberontak seorang diri. Sehingga aku bertekad, selepas SPM aku ingin keluar dari rumah,dari Bintulu malah dari Sarawak dan Sabah sekalipun. Dan ya... Doaku terjawab juga setelah aku mendapat tawaran untuk masuk ke matrikulasi Labuan. Itupun aku terpaksa tolak tawaran maktab sebab aku tahu kalau aku terima aku akan kembali ke Sarawak. Setelah habis di matrik, aku bertekad mahu keluar dari Borneo pula. Di masa aku isi borang UPU, ada 8 pilihan di sana, tiada satu pun univeristi di Sarawak, Sabah malah Labuan sekalipun aku masukkan. Memang kena reject awal2 dan pilihan aku semuanya di Semenanjung. Dan UUM juga 3 pilihan utama ku.
Jika kita imani apa yang kita mahu akan dapat, kita akan dapat juga, seperti ayat firman di Matius 7: 7 -11.
Dan ini aku sekarang. Aku masih hidup dengan bahagianya. Dan di masa aku mula bertumbuh di dalam rohani, aku menilai kembali kehidupan aku masa lalu. Dan masa itu baru aku sedar, aku sepatutnya mengucapkan syukur atas apa yang ibu bapaku lakukan terhadap aku. Aku sangat sayang kepada mereka walaupun pernah satu ketika dulu, aku pernah mengatakan aku BENCI mak bapaku.
Setelah aku menilai kembali, syukur atas segalanya. Aku boleh berdikari sendiri. Bukan mahu membandingkan, bukan mahu menghakimi di sini dan bukan juga membangga diri. Aku ingin kongsikan tentang sepupuku yang dapat 10A dalam SPM. Dia seorang lelaki tetapi dia tidak berani pergi ke tempat orang lain sendiri. Sebab takut, terlalu dimanjakan. Aku juga yang kena teman dia. Aku tidak gentar jika aku mahu ke tempat orang lain dengan bersendiri. Ingat dan percaya sahaja kepada-Nya. Pasti engkau akan ada jalan.
Banyak sebenarnya aku mahu sharekan di sini. Situasi aku di atas tadi cuma konklusi dalam kehidupanku.
Apa yang aku ingin simpulkan di sini, apa2pun, INGAT ibu bapa kita. Mereka yang terutama setelah Tuhan. Ingat, mereka telah membesarkan kita, menjaga kita, beranakkan kita, bersusah payah mencari rezeki untuk kita.
Kita tidak mampu untuk membalas jasa mereka yang terlalu besar seperti jasa Tuhan yang mengambil kita sebagai anakNya. Kita cuma mampu MENYENANGKAN mereka sahaja.
Sebagai renungan, Baca firman Tuhan di Roma 8:28 dan 1 Korintus 10:13.
Ini sahaja sharing aku. Tuhan memberkati...
No comments:
Post a Comment