My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Friday, November 5, 2010

Ulang tahun

Semalam, 4 November 2010 meningkat lagi umur ku.



Aku tidak mahu mengulas apa yang terjadi di hari ulang tahun kelahiranku semalam sebab aku tahu, perkara itu terjadi semestinya ada sebab untuk terjadi. Yang pasti, kita perlu sabar dengan apa yang terjadi, jangan ce[at melatah, katakan Puji Tuhan dengan masalah yang mendatang dan mengucap syukur selalu. Dan yang PASTI, akan terjadi sesuatu yang indah malah lebih lagi dari apa yang kita jangkakan sekarang. 

Semalam lagi aku taip entry ini tapi aku tiada hati untuk menaip dan aku masih perlu memikirkan apa yang pengisian yang perlu aku bawa di entry ini walaupun ada yang merasakan setiap entry hanya biasa2 sahaja untuk dibaca tetapi setiap orang ada sebab kenapa dia mahu post entry yang dia taip tersebut. Renungkanlah.

Di hari aku ber'retreat' aku membawa khotbah yang bertemakan 'Hormati ayahmu dan ibumu'. Kenapa aku membawa khotbah sebegitu? Sebab aku mengenangkan apa yang terjadi hari esoknya iaitu 4 November. Aku tidak tahu kenapa aku bawa khotbah yang sebegitu. Sedangkan banyak perkara sebenarnya yang mahu aku kongsikan di dalam khotbahku. Ini semua pekerjaan roh kudus. Aku tidak mampu untuk mengahalang malah mengingkarinya.

Di malam tepat 00.00 4 November, kami masih dalam keadaan meeting. Yang pertama sekali orang yang pernah aku cintai dahulu miskol. Aku endahkan sahaja. Aku bersyukur kerana dia masih mengingati aku. Selepas itu, Philip berhentikan sekejap meeting kami untuk memberi ruang untuk wish birthday ku. Diorang semua nyanyi. Hee... Aku tak suka sebenarnya. Hehe... malu I. Thanks Philip. Thanks all exco gereja. Sayang kamu semua. Kebetulan pula retreat dibuat time hari aku. Hehe... Ada la juga dibuat kenangan bak kata Kak Su.

Tiada apa yang aku mahu untuk hari ulang tahun ku ini. Aku cuma mahu ibu bapaku saat ini. Aku mahu bersama mereka. Aku mahu bersukaria dengan mereka. Sebab mereka adalah IBU dan BAPA ku yang sangat2 berjasa kepadaku. Tentang ucapan2 dari rakan2 dan saudara mara ku, aku menghargai semua itu sebab pasti mereka ikhlas untuk mengucapkan untuk itu walaupun diingatkan oleh Facebook. Ada juga la effort diorang untuk menaip kan. Hahaha... bagi yang text mesej tu, terima kasih lah juga kerana sudi membuang kredit. Kepada yang bagi hadiah, terima kasih juga kerana sudi buang duit untuk itu semua. Sangat2 bernilai bagi ku. 

Untuk khotbah ku. Entry lepas ni aku ingin kongsikan. Ini sahajalah yang mahu aku taip di entry ini. Cau cin cau


Romy, sudah 21 tahun umurmu.
Engkau sudah meningkat dewasa.
Ingat, TUA itu pasti.
Tapi jangan lupa,
DEWASAkan ROHANImu juga. 

No comments: