Sambung entry sebelum ni.
Lepas tu Joseph ni single kan, tiba- tiba pula la lepas peperiksaan percubaan PMR kami terapat. Tak tau la kenapa. Yang aku paling ingat masa kami kelas Moral. Sebelum tu kami kelas BM dan dapat kertas ujian kami balik. Masing-masing sibukla buat pembetulan sampai terbawa-bawa ke kelas Moral tu. Aku duduk la di tempat biasa aku. Si Joseph ni pula lambat masuk. Masuk je dia, dia ambil kerusi kat meja barisan sebelah leas tu duduk mengadap aku. Dia duduk mengadap aku tu!!! Haish... tetiba kan. Aku dah mula dah menggelabah tak tau nak buat macam mana dah. Last-last aku redah je la. Huhu... Tak kan la aku nak bangun lari dari tempat tu sedangkan dia dah letak buku, barang-barang dia kat atas meja aku. Dia terus la tanya macam mana markah kertas BM. Apa-apala sewaktu dengannya. Sejak hari itulah kami bermesra. Kami berapat. Kami berkawan. Pergi library masa kelas bacaan sama-sama. Kalau waktu lain, aku tak boleh nak bermesra dengan dia sebab masa tu aku masih terikat dengan bestfriend aku ni. Kalau bestfriend a.k.a ex dia nampak, lain macam pula kan. Masa kelas bacaan tu, kawan aku sorang tu masuk kelas satu lagi. Jadi senangla aku dengan Joseph ni bercakap. Kalau kat kelas sendiri pretend la macam tak berkawan. Cetekkan fikiran dulu-dulu.
Tapi macam mana la aku nak sembunyikan hubungan kami kan. Kalau kawan aku ni tak nampak pun, kawan aku yang lain cerita juga kat dia. Sepanjang aku be'rapat' dengan Joseph, sepanjang tu aku mengenali dia. Dia satu kampung dengan aku. Kapit. Macam-macam la kami cerita dan akhirnya tiba 25 September 2004, masa kelas Bacaan juga, aku melamar dia sebagai abang angkat. Hahaha... sebenarnya lain yang aku nak cakap tapi lain pula yang keluar dari mulut ni. Lagipun dia lahir tahun 88 jadi sesuai la jadi abang aku kan. Mesti korang tanya kenapa dia lahir tahun 88 tapi sama tahun sekolah dengan aku. Sebab dia ni dulu sekolah cina dan masa nak masuk tingkatan satu tu, dia terpaksa masuk kelas peralihan dulu. Faham tak??? Kalau tak faham, buat-buat faham.
Bermula la hubungan kami makin dirapatkan. Masa aku lamar dia jadi abang ni kan, aku tak tahu pun dia dah ada girlfriend baru. Huh... syukur la tak lamar dia jadi boyfriend. Kalau tak malu la aku. Kebetulan pula, rumah auntie aku sorang ni sama taman dengan rumah dia. Bila cari-cari je, rupa-rupanya berdepan je pun rumah diorang. Lagi la aku bersemangat nak pergi rumah auntie aku ni. Bukan nak jumpa auntie pun. Nak jumpa abang. Hahahaha....
Hubungan kami diteruskan ke tingkatan empat. Masing-masing dengan kelas masing-masing sebab abang (mula dah panggil abang sebab dah rasmi jadi adik dia kan ;p) masuk kelas akaun, aku pula masuk kelas sains. Aku minta masuk kelas akaun juga awal tahun tu tapi tak dapat. Berapa kali masuk keluar pejabat tak juga dapat jawapan. Last-last aku stay je la kat kelas sains tu. Bukan sebab aku nak sama-sama kelas dengan abang ke nak apa. Aku ni memang minat akaun la. Sampaikan aku ambil extra paper akaun untuk SPM tau. Tentang girlfriend dia tu, awal masuk persekolahan kami tingkatan empat ni, perempuan tu minta putus. Jadi aku tak kisah la nak berapat dengan dia.
Tahun tu jugala timbul segala rahsia hati aku. Disebabkan abang bercinta tanpa bagitahu adik dia ni. Sedangkan lepas dia break dengan ex dia yang kedua tu, dia pernah berjanji dengan aku dia tak kan bercinta lagi. Masa tu aku tak tahu la apa sebenarnya perasaan aku. Apa sebenarnya yang aku mahu dari dia. Aku betul-betul tak tahu. Yang aku tahu, aku kecewa. Sangat kecewa. Entah sampai berapa bulan kami berdua tak bertegur. Sebab aku terlalu ego. Lama-lama, aku jugalah yang terpaksa runtuhkan ego aku ni sebab aku sangat rindukan abang. Aku tak sanggup hilang abang.
Kalau korang nak tau, bila kami berdua sama-sama, ramai yang tertanya-tanya aku dengan abang ni sebenarnya apa ye? Kekasih ke adik-beradik? Ah... lantak korang la nak fikir apa. Janji kami berdua bahagia. Begitu juga la dengan abang. Abang aku ok je. Kami berdua terlalu rapat melebih girlfriend abang. Smua girlfriend-girlfriend abang dulu kan, semuanya atas dasar nama bercinta tapi hubungan diorang tak menunjukkan diorang sepasang kekasih. Dan ketiga-tiga hubungan abang itu hanya bertahan selama 5 bulan sahaja.
Di hujung tahun masa kami tingkatan empat tu, sekali lagi abang jadi single sampailah kami SPM. Habis SPM dan sampai sekarang hubungan kami berdua tiada gangguan. Cuma selisih faham sikit tu dulu-dulu ada lah. Biasalah emosi tak stabil lagi. Dan sekarang kami berdua masing-masing dengan hidup sendiri tapi walaupun kami berjauhan hubungan abang adik itu segar lagi. Dan aku, sudah dapat stabilkan hati aku ini dan menerima abang sebagai abang aku. Semakin aku dewasa, sambil aku dewasakan juga rohani aku, semakin itu aku boleh handle perasaan aku terhadap abang yang dahulu kala tersangat susah untuk dikawal.
Abang cakap dengan aku,
Adik, biarlah hubungan kita berdua begini. Biarlah abang sebagai abang adik dan adik sebagai adik abang. Cuba adik fikir, kalau kita bercinta dulu, kita tak akan kekal sampai sekarang. Adik sendiri tengiok bagaimana hubungan abang dengan ex-ex abang. Adik sendiri kira berapa lama hubungan abang dengan ex-ex abang dapat bertahan. Adik nak hubungan kita macam tu? Tak nak kan. Terima kasih sebab jadi adik abang. Abang sayang sangat kat adik.
Itulah kata-kata yang aku pegang sampai sekarang. Ya memang benar aku tak boleh kehilangan abang. Aku tak sanggup tak ada abang. Aku nak abang. Adik sayang abang. :)
Seperti yang aku maklumkan tadi, keluarga kamu berdua sudah tahu hubungan kami berdua apa. Kalau aku balik Bintulu tiada siapa yang dapat kawan aku keluar melainkan abang. Teringat suatu ketika dahulu masa pertama kali abang datang rumah aku, kebetulan mak bapak aku ada. Bila abang dah balik je, aku duduk menonton tv dengan mak aku. Mak aku apa lagi, 'Ehem... hensem gak ya nyak tadi.' Hahaha... Mak aku ingat abang tu boyfriend aku la. Kuat aku ketawa masa tu. Last-last aku cakap kat mak, 'Nibuh la mak berharap. Aku ngau ya dah 'cop' dirik menyadi pun.' Hahhaha.... Sekarang kan, kalau aku nak keluar ke, semestinya aku akan bagitau mak bapak aku yang aku nak keluar. Dan kalau aku keluar tu, semestinya aku dengan abang. Ada satu masa tu, mak aku cakap aku ni suka sangat keluar. Nanti terjadi apa-apa siapa yang susah. Aku bagitau mak aku, 'Ala... korang taukan dengan siapa aku keluar. Korang tau juga mana dia tinggal kan.' Hahhaa... Miss my mom.
P/s : Cerita aku ni ringkas sangat. Sebenarnya lagi panjang cerita aku tentang abang aku ni. Tapi aku malas la nak panjang lebar. Biarlah itu kenangan aku dan abang dan orang yang berkaitan sahaja. Hehhee... Dan sebenarnya aku ada juga post kat blog dalam Friendster aku dulu. Baru teringat lepas kau habis taip ni. Hahhaa... suka menyusahkan diri sendiri.
Finish. :)
No comments:
Post a Comment