Aku tak tahu kenapa aku boleh terima. Aku tak tahu kenapa, mengapa, berapa, siapa, apa, pa pa pa lagi lah. Huhu... Inilah gayanya orang yang tengah tak tahu buat apa dah, nak fokus belajar tapi fikiran asyik memikirkan benda yang tak berfaedah buat masa ini. Ye la... esok aku ada last paper kena hadap. Aku seharusnya menghafal exempt2. format2 cukai ni. Hmm... ye la tu mi...
Kenapa intro aku macam tu? Sebab 'like my heart' la nak buat macam mana intro aku. Haha... kan dah kena. Ok ok... aku akan jelaskan.
Beberapa hari lepas aku sakit. Demam panas tu... Jadi kerja aku pun tidur je la siang hari. Malam aku boleh berjaga pula sampai pukul 2, 3, 4 pagi. pelik kan. Dah jadi burung hantu dah aku. Bangun pagi pukul 12 tengah hari. Mandi siap2 apa semua duduk kejap ngadap nota, laptop dengar lagu lepas tu tidur balik. Kadang-kadang sampai 3 trip satu hari aku tidur. Aku sakitlah. Bukan aku sengaja nak tidur ok!
Dan dijadikan cerita, sepanjang aku sakit tu kan, kalau aku tidur aku mesti mimpi orang ni. Haish... ni yang buat aku tak tahan ni. Berapa hari aku tak de selera nak makan, belajar pun tak fokus. Last-last aku ter'contact' balik dengan orang tu. 'Orang' tu sememangnya lama dah aku lost contact dengan dia. Adalah lebih kurang 5 bulan lepas datuk aku meninggal dulu. See... aku berjaya hidup tanpa dia la...
Lepas aku dah ter'contact' si dia. Dia keep in touch dengan aku. Aku layan je la. Nanti cakap aku sombong pula. Untuk hal lama dulu antara kita, aku dah dapat terima dia sebagai sahabat sekarang ni sebab aku kan sedang belajar untuk menjadi 'DEWASA' dalam rohani. Jadi aku singkirkan apa-apa yang berkaitan perasaan benci, tak suka, musuh dan sebagainya lah perasaan negatif tu.
Dah ber'contact' tu, kami berdua tak lari dari membincangkan hal perasaan masing-masing. Last2, ayat keramat ini lagi muncul dari si dia. "Will you return to me again?" Halamak ai.... ini yang aku lemah ni. Aku tak suka la dengan komitmen. Hehehe... alasan je tu. Sebenarnya, aku sangat2 takut untuk kecewa lagi sekali. Aku tak boleh la.... Kalau nak ber'relationship' lagi pun, aku rasa memang tak boleh. Perhubungan jarak jauh (PJJ) kalau dua-dua hati tu tak teguh memang ranap, hancus sekali gus. Aku tak kata PJJ ni tak baik ok. Ada gak orang lain yang PJJ boleh bahagia apa. Conclusionnya. dia ikut orang (general fact).
Aku bagitau kat si dia, honestly aku takut nak ber'relationship' lagi terutamanya dengan dia. Aku Aku takut aku kecewa. Tapi memang ya, rasa sayang tu memang masih ada. Ye la... dah terlanjur cinta kan. Macam mana nak buang perasaan tu beb. Cinta pertama lagi tu. Kalau la bolehkan, aku nak jawapan yang sama Adriana yang dalam cerita Kau laksana bulan tu. 'Kita berkawan dulu macam sekarang, kalau ada jodoh kita serious ok. Tak suka la nanti bila dah declare macam-macam jadi. Kalau tak de jodoh juga, kita buat macam biasa. Kita tak payah nak gaduh-gaduh. Jadi kawan apa salahnya kan?'
Tapi kan, lain pula la aku buat. Degil tau tangan ni taip benda yang aku tak suka. sebenarnya. Last-last aku kena layan je la si dia. Balik-balik dia tanya 'Betul ke ... .... ....' <---- Banyak soalan. Dah la. Aku pun tak tahu apa sebenarnya aku nak. Sekarang ni yang aku tahu, aku kena layan si dia sebaik mungkin walaupun aku sebenarnya buat bo layan je pun. Saje je nak jaga hati si dia. Yang si dia pula, balik-balik cakap yang dia nak betul-betul sekarang. Tak main-main. Dia nak tebus kesalahan dulu. "BETUL KE?" Ah... lelaki, biasalah. Selalu memberikan kata-kata manis, janji-janji manis. Masa nak dapatkan orang tu, macam-macam la dia ini la itu la. Tapi bila dah dapat, hmmm.... haram....
Kita tengok la apa jadi nanti. Aku tak mahu ber'emosi' sangat hari ni sebab aku kena fokus untuk exam petang esok. Si dia pula, tak pernah penat texting dengan aku sampaikan aku terpaksa cakap STOP kat dia. Haish... beginilah gaya orang nak menambat hati orang ek??? Aku pula la yang jenuh nak melayan. Layan je la... Siapa suruh kau? Hah... hambik. Padan muka. Yo la yo la mak bedah oi....
Ok... done. Nak fokus dulu. Esok petang nak exam (berapa kali nak bagitau da... kena ingatkan diri la oi) Lepas exam, aku balik bilik aku kena packing, angkat barang semua ke pantry then pagi lusa aku fly.... hoyeah hoyeah... home............. lalalallala...... :)
No comments:
Post a Comment