My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Sunday, January 9, 2011

100 Truths about ME!!!

Aku telah di'tag' oleh Cik Mavis untuk buat seperti arahan di bawah. Dah lama sebenarnya benda ni 'kena suruh buat' tapi kebelakangan ini, aku sungguh tidak ada hati untuk membuat entry seperti ini. No idea come ma... Ingatkan tak nak buat tapi ini salah satu amanah yang perlu dilakukan jadi aku mesti lakukan untuk tidak menghampakan peminat. Aiseymen... Hep! Jangan buat muka menyampah ek...

Rules: Once you've been tagged, you are supposed to write a note with 100 Truths about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you.

1.   Nama aku macam laki tapi kebenarannya aku adalah seorang berjantina perempuan.
 2.   Anak bongsu dari 3 abang kandung dan 2 abang angkat.
 3.   Syukur aku wujud di dunia ini sebab jarak kelahiran aku dengan abang kandungku yang ketiga itu sembilan tahun.
 4.   Walaupun aku anak bongsu, aku BUKAN anak manja.
 5.   Segala perbelanjaan harian sekolah dan pengajian aku ditanggung oleh ibuku yang hanya seorang petani kecil-kecilan.
 6.   Handphone pertama yang aku guna adalah duit hasil tabungku dari berjual.
 7.   Aku ada handphone sendiri masa aku Form Four.
8.   Barang yang berharga bagi aku sekarang adalah laptop ACER 1410, handphone SAMSUNG S5620 dan kamera digital SAMSUNG.
 9.   Aku baru kehilangan datuk ku a.k.a bapa ibuku 14.06.2010 dan nenek ku a.k.a ibu kepada ayahku 05.01.2011.
10.   Tinggal di rumah papan yang terletak di tepi jalan highway Bintulu - Miri.
11.   Kalau aku bercuti di rumah semasa cuti semester, selalunya aku tinggal di rumah siang hari bersendirian.
 12.   Di masa kecil ku, aku seperti anak yang merempat. Selalu ditinggalkan di rumah saudara maraku.
13.   Aku adalah secretary bagi ibu bapaku. 14.  Suka akan puppy. So cute!15.   Suka travel.16.   Co-pilot bapa ku.
17.   Baru menjadi salah seorang exco Full Gospel Church Changlun.
18.   Memang berniat lepas SPM ingin keluar dari Bintulu malah dari Sarawak ini juga.
19.   Seorang yang berani.
20.   Mula travel bersendirian apabila aku balik ke kampung ku Kapit masa Gawai tahun 2007.

21.   Tercapai hasrat untuk keluar dari negeri sendiri untuk kemasukan Matrikulasi di Labuan.

22.   Tercapai hasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang akaun.

23.   Pernah kecewa apabila mengetahui lelaki idaman hati dipunyai oleh rakan karib sendiri.

24.   Surat permohonanku untuk tukar kelas dari Science site ke separa Science site tidak mendapat jawapan setelah aku keluar masuk pejabat am sekolah sebanyak tiga kali.

25.   Pernah tidak ada nama dalam banyak-banyak list kelas semasa Tingkatan Dua.

26.   Sedang melanjutkan pelajaran peringkat Degree di Universiti Utara Malaysia.

27.   Banyak yang menjangka aku sedang belajar di sekolah menengah setelah mereka menilai saiz tubuhku yang comel ini.

28.   Mula berani mengeluarkan pendapat bukan bermakna melawan cakap ibu bapa selepas aku masuk Matrikulasi.

29.   Cousinku komen tentang perubahan aku dulu semasa kecil dan sekarang bahawa aku banyak cakap daripada dulu.

30.   Tidak tahan duduk di rumah berbulan-bulan.

31.   Ada seorang teman maya international dari Hungary iaitu Csaba Fabian yang sangat baik, suka sangat bertukar pendapat, berkongsi isu-isu semasa.

32.   Boleh menghadap laptop selama 24 jam kalau ada mood.

33.   Cepat boring.

34.   Pernah dipermainkan di cinta pertamaku.

35.   Bercinta jarak jauh.

36.   Dipaksa untuk belajar sampai PHD direct, sekaligus. TAK NAK!!!

37.   Kalau aku dah tak minat, aku cepat boring.

38.  Sepanjang pengajian aku di UUM, aku pernah fail FAR2. Tidak logik!

39.   Mudah untuk mengalirkan air mata.

40.   Tidak suka orang tidak ambil perhatian semasa aku sedang bercakap atau bercerita.

41.   Bersifat slumber sehingga ada sesetengah orang ingat aku seorang yang tidak peduli dan sombong.

42.   Lebih mengutamakan lelaki dari rakan perempuan.

43.   Masa kecil, aku selalu main kejar-kejar di pasar Kapit.=

44.   Aku adalah harapan bagi keluarga besar ku.

45.   Mula merasa cinta semasa umur 20.

46.   Sangat rapat dengan abang angkat ku Joseph Chong.

47.   Hanya abang ku yang kedua sahaja yang selalu mengirim duit untuk belanjaku.

48.   Pernah menangis sendiri apabila melihat salah seorang cousinku menyambut hari jadi.

49.   Setelah umurku setahun, aku tidak pernah menyambut hari kelahiranku kecuali selepas aku berumur 15 tahun sehingga sekarang.

50.   Pernah merajuk tidak bercakap dengan bapa dan ibuku semasa mereka tidak tunggu aku untuk balik ke Kapit untuk menjenguk datukku yang sakit.

51.   Selalu terkenangkan mendiang datukku yang sempat aku hadiahkan beliau sepasang baju masa Gawai tahun 2009 di rumah ku.

52.   Mula berani lepak, berjalan ke pasar seorang diri semasa aku berumur 15 tahun.

53.   Menulis diari sejak berumur 15 tahun juga.

54.   Mak aku pernah menyangkakan abang angkat kesayangan aku adalah boyfriend aku. hehe...

55.   Sentiasa berasa berdebar-debar apabila aku bertemu dengan abang angkat ku itu.

56.   Setia dalam percintaan.

57.   Suka nyanyi. Jom K-Box!

58.   Suka shopping sendiri.

59.   Boleh mandi dalam masa 5 minit.

60.   Ada gastrik yang tidaklah berapa kritikal.

61.   Pernah digigit anjing belaan sendiri.

62.   Ada kesan jahitan di kening sebelah kanan.

63.   Suka sangat pergi sekolah sebab di sekolah aku ada ramai kawan.

64.   Kesunyian.

65.   Di masa kecilku, aku selalu main batu seremban seorang diri, main ting-ting seorang diri, main zero point seorang diri.

66.   Tidak pernah ponteng sekolah.

67.   Tidak suka makan ubat. PAHIT!

68.   Sangat suka MATEMATIK. :)

69.   Suka akaun juga.

70.   Minat cikgu Nor Saparuddin yang ajar aku matematik semasa tingkatan dua walaupun dia seorang yang ...

71.   Sepanjang peperiksaan tingkatan empat dan lima, aku tidak pernah lulus subjek BM dan Matematik Tambahann.

72.   Keputusan SPM aku memberansangkan kecuali subjek Sains iaitu Kimia, Fizik dan Biologi. Tapi aku tak ada fail ye.

73. Pernah masuk kelas Tingkatan Enam selama 3 hari.

74.   Pernah tercalon dalam senarai 100 pelajar yang akan dapat 7A untuk PMR.

75.   Pertama kali dapat kedudukan nombor SATU di dalam kelas semasa Tingkatan Tiga.

76.   Tidak tahan merajuk dengan abang kesayangan.

77.   Dapat lesen memandu selepas habis SPM.

78.   Ada dua semester lagi pengajian ku di UUM selepas itu aku keluar praktikal.

79.   Berhasrat mempunyai sebuah kereta kalau boleh VIVA dulu la untuk aku senang praktikal nanti.

80.   Suka baca novel cintan cintun.

81.   Kalau dulu, aku seorang yang selalu melanggani macam-macam majalah setiap bulan.

82.   Mengidam purse Hilly Nor yang sekarang aku nampak di Parkson Kuching. Somebody buy it for me!

83.   Asal je balik ke rumah semasa cuti semester, dua tiga hari duduk di rumah,aku suka masak masakan yang  aku tak boleh masak di UUM.

84.   Di UUM, aku lebih rapat dengan kawan-kawan aku melainkan saudara mara ku sendiri.

85.   Cuti mid-semester ni, banyak tempat aku mahu pergi. Langkawi, Thailand, Genting Highland, Cameron Highland, Pulau Pangkor, Singapore... Huhu...

86.   Tidak pernah berpengalaman bekerja dengan orang lain.

87.   Menolong dalam business family sejak kecil.

88.   Suka berfikir masa depan.

89.   Tidak suka fikir benda yang lalu.

90.   Sejak dari tadika aku pergi sekolah guna bas sekolah kecuali semasa aku Tingkatan 4 dan 5.

91.   Aku ambil kelas tuisyen dari tahun 4, 5, 6 dan Tingkatan 2,3, dan 5.

92.   Aku ada 5 orang anak buah hasil dari perkahwinan abang-abang ku.
93.   Ada boyfriend yang anak mak dan anak bapak. Sangat manja! Tidak boleh jauh.
94.   Jika aku di UUM, aku akan berusaha untuk memperuntukkan hari Jumaat ku ke gereja.
95.   Suka mengidam. Bukan maksud aku tengah membawa anak dalam perut ya!
96.   Tak suka lelaki yang merokok dan peminum. Tapi aku pasrah sebab dia merokok. Huhu...
97.   Pernah bertaruh dengan abang untuk tidak merokok dan dia hanya berjaya bertahan tak sampai seminggu pun.
98.   Aku tidak berkira dengan duit jika aku ada duit sendiri ketika itu.
99.   Pernah aku bertahan selama seminggu tidak ada duit semasa di UUM tapi berkat sentiasa mencurah-curah. Tidak pernah tidak makan.
100.   Impian untuk menghabiskan pengajian peringkat degree ini, lepas praktikal, bekerja, kumpul duit. beli rumah batu, Sudah stabil boleh pikir kawen, lepas tu baru pikir nak sambung master dan PHD sambil bekerja.
DONE!!!

Untuk 25 orang yang perlu aku tag, disebabkan aku kekurangan peminat maka dengan ini aku umumkan bahwa sesiapa yang baca entry ini buatlah entry seperti ini kalau korang nak buat. Tiada paksaan.

No comments: