My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Friday, January 7, 2011

Ketentuan

Kenapa adanya hidup dan mati di dunia ini? Kenapa manusia perlu dihidupkan apabila kita kena mati di kemudian hari?

Ok. Cukup! Jangan sesekali anda yang sedang membaca entry ini bertanyakan soalan seperti ini. Apa yang terjadi di muka bumi ini semuanya ketentuan Tuhan. Bukan apa aku terfikir untuk entry seperti ini. Aku baru kehilangan nenek ku a.k.a ibu kepada bapaku dan baru sahaja dikuburkan pagi tadi. Sekarang aku dan keluarga tengah berehat, bercerita setelah 3 hari bertungkus lumus.

Bagi mendiang nenek ku ini, terlalu banyak cerita yang tak senang di dengar. Aku hanya mampu menadah telinga untuk mendengar sahaja. Biarlah itu urusan orang- orang yang tua. Kenapa la perkara yang lepas juga mereka kenangkan.

Aku tak tahu mahu buat apa. Yang mampu aku buat, aku buat. Lagipun, semua hal dilakukan di rumah aku sendiri. Siapa lagi yang ada di ruamh ini kalau bukan hanya aku sahaja perempuan selain mak. Aku perlu bergantung harap dengan orang lain untuk menguruskan hal-hal lain di rumah.

Sepanjang hari-hari kami 'begini', banyak cerita, banyak pengajaran, banyak gosip, banyak saudara, banyak sebanyak banyak la benda yang tak pernah dapat aku dapat. Dan sekarang, biarlah segala-galanya. Lepas ini, hari rabu minggu depan aku tiada lagi di rumah ini selama 5 bulan. Apa yang berlaku, berlaku lah. Aku hanya perlu pedulikan aku sahaja. Bukan aku tidak mahu peduli, tetapi bsering kali benda yang sama, topik yang sama, kelakuan yang sama terjadi. Aku M.A..L.A.S.

No comments: