My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Friday, July 8, 2011

Ber'T.U.K.A.R'

Hai ye... hehe... bad introduction. Malas la nak berbunga-bunga ayat kat sini ni. Ini blog aku, bukan blog orang lain. Jadi suka hati, perut, jantung, ginjal aku punya la kan. Sebelum aku lagi jauh merapu, aku terus direct to ampang point.

Hari ni, hari Jumaat bersamaa 8 Julai 2011. Ok ok. Nak cerita la ni.
Tadi aku berfoya-foya dengan sis Rose di pasar Bintulu. Ingatkan nak tengok Transfomer 3 kat cinema. Tapi aku ternampak cd Transfomer 3 tu kat kedai cd sebelum nak naik pergi tingkat atas. Terus aku berfikir nak tengok di cinema ke atau nak beli je. Kalau nak tengok wayang maksudnya masa aku berjalan dengan sis Rose amatlah terhad. Jadi aku ambil keputusan jalan je la. Nanti aku beli cd je.

Then, kami berdua pun menjelajah pasar yang tak seberapa ni. Aku yang teman sis Rose ni jalan, aku pula bermasalah sebab aku rasa aku nak je angkut semua baju-baju yang aku berkenan tu. Hoho... Tahan dulu mi. Kena simpan duit dulu ni. Banyak lagi masa aku cuti ni. Maknanya, aku tak ada income sangat la cuti ni. So kena bajet beb. At least duit yang aku ada tu dapat tanggung belanja topup aku untuk 3 bulan ni sementara nak masuk U balik dan dapat elaun lagi. haha...

Tapi aku cekau juga la anting-anting 2 pasang dan sandal sepasang. Akhirnya.... Lepas boring tengok-tengok baju, sis Rose ajak gunting rambut. Kami pun masuklah salon. Tak ada customer. Aku duduk je la sementara tunggu sis Rose siap. Masa tengah tunggu tu, aku berbual dengan pekerja di salon tu. Aku ni berminat gak nak 'repair' rambut aku ni. Tapi belum cukup seru lagi. Tarak duit dan tarak masa la wei... Sebelum gawai lagi aku nak curl kan rambut aku ni. Balik-balik tak sempat tak sempat tak sempat. Dah habis dah gawai ni tak juga. Last-last aku gunting juga rambut aku. Aku cakap gunting je dulu. Nanti kalau aku ada masa, aku datang dan ber'tapa' di salon ni untuk curl pula. Then... terbang juga la RM 10 aku.

Maka nya, aku jadi macam ni.
Eksperimen jer... hehe...
Nanti-nanti la kalau aku cukup seru baru aku jadi cantik lagi k.
erk... aku nak tunggu abang keluar pulapor la.
"Abang... nak RM 80... adik nak curl rambut."
Hehe.... Lepas ni nak cari idea la nak deal apa dengan abang.
Lalalala....


2 comments:

John Rennoult [JR] said...

uhh... dah tepengaruh ngau tranfomer 3.. nyak betukar.. hahaha

Umi said...

JR, ukai nyak komen d sebenarnya kan. D ka madah 'bajik mai d.' Hahaha ;p