My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Monday, July 18, 2011

Day 12- How you found out about Blogger and why you made one

It's Monday morning! :)

Selamat pagi semua. Setelah beberapa hari berdiam diri, rindu pula nak berblogging. Ni nak sambung 30 days challenge untuk hari ke 12.

Bagaimana aku tahu tentang Blogger dan kenapa aku buat satu? Haha... direct translation lagi. Then, aku terus ke jawapannya.

Aku mula ber'blog'ni masa aku semester satu masuk UUM dulu hujung tahun 2008. Masa tu kan zaman fofular friendster. Memandangkan friendster pun ada blog, aku buat je blog kat friendster tu, dan aku biarkan blog ni tinggal macam tu je. Sebab apa aku buat macam tu? Sebab tak payah aku nak buka-buka, bak ingat-ingat password ke hape ke yang sewaktu dengannya lah. Haha... ada juga fikiran macam tu kan. Dari situ, aku aktif blog di friendster.

Lepas tu, zaman telah berubah. Orang mula aktif 'muka buku'. Aku pun terikut juga sebab kawan-kawan lain semua beralih ke situ. Tak kan pula aku nak syok seorang kat sana kan. hehe... Dan sejak itu juga, aku aktif di blogger ini. Bermula April 2009 sampai sekarang. Aku jumpa Bgger ni through google masa tu dan tertarik dengan post-post best friend aku sorang tu.

Kenapa aku 'cipta' satu pulak? Sebab aku ni seorang yang pendam apa je perasaan sorang sorang. Masa zaman ribena dulu, aku 'cipta' diari. Entah berapa buah diari aku ada, aku tak berani nak tengok balik sebab takut tersentap tiba-tiba dengan kisah dulu. *Cakap je la ko malas mi. hehe* Aku keseorangan. Tak ada kawan kat rumah ni. Biasalah anak bongsu dengan jarak umur abang yang jauh. Mak bapak aku sibuk kerja. Jadi aku selalu di rumah je. Nak kongsi dengan kawan pun, kadang-kadang bukan semua kita dapat luahkan dengan kata-kata kan. Lepas aku mula jauh dari rumah, aku malas nak beli diari bagai, aku pun buat keputusan untuk luahkan dalam blog ni je. Aku ingat dulu nak privatekan blog ni. Tapi sekarang, yang kena private pun di'awam'kan, apa jadi beb? Mana-mana la. Yang baca tu nasib la tau rahsia aku. Yang tak baca, nasib diorang juga, tak tau apa-apa tentang aku. Lalaala..... Dah panjang ni. Baik aku berhenti di sini sahaja. Sekian terima kasih.

No comments: