My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Monday, July 18, 2011

Penat~

Seriously, aku penat. Dari hari Rabu hari tu sampai hari Ahad. Hari Rabu hari tu, aunty aku sakit. Uncle aku tu baru je turun offshore kot. Belum sampai seminggu pun. Aku sangat pelik kenapa aunty aku ni selalu sangat sakit. Kalau dia sakit kan, mesti masa uncle aku tak ada. Masa uncle aku ada kat rumah tu sihat walafiat je dia. Petang rabu tu, terus 'mengerjakan' aunty aku tu. Kesian dia. Mak bapak aku pergi ambil uncle aku di ladang suai dekat batu niah.

Hari Khamis pula, seharian tu aku tak berapa senang nak duduk di rumah sorang-sorang. Syukur ada si Comel, dan empat lagi binatang kesayangan ku itu. Aku pun cuba menenangkan perasaan aku dengan bermain dengan binatang-binatang tersebut. Pukul 3 petang belum juga mak bapak aku sampai. Aku nak telefon, takut mengganggu la pula. Aku dah penat masuk keluar masuk dapur, aku masak berat terus petang tu. Masalah lagi. Ni nak masak untuk mak bapak ke tak? Tunggu la kejap konon. Kalau tak juga muncul nanti telefon la diorang. Dekat pukul 4 petang mak bapak aku sampai. Diorang menceritakan perjalanan diorang yang sangat panjang dan penat. Ha... tu la semalam aku nak ikut tapi korang tak bagi. Ni sekarang siapa yang mengadu penat? Malam tu kami pergi rumah aunty lagi. Lewat malam baru balik.

Hari Jumaat. Hari yang sungguh membuatkan aku resah sampai aku tak berani nak ke dapur. Malam tu, sekali lagi kami ke rumah aunty. Berkumpul di sana. Lewat malam baru balik. Sampai je di rumah aku terus ke dapur. Terdengar bunyi yang unusual. Aku nak tegur, aku takut. Tak boleh ditegur beb. Aku lambat tidur malam tu. Dan keesokkan harinya, aku bercerita dengan mak aku. Kami sama-sama menceritakan apa yang terjadi malam tadi tu. Bukan aku sorang yang dengar. Semua dengar bunyi tu.

Hari Sabtu pula. Aku terbangun sebab bunyi telefon bapak aku berbunyi awal pagi dan mak aku menyebut nama aku. Hmm... aku disuruh untuk teman bapak aku hantar uncle yang kerja di ladang batu niah tu. Aku boleh je sebab aku tak nak tengok bapak aku penat macam hari dia ambil tu. Kalau aku ada memang aku tak mengharapkan orang lain pun. Pukul 8 pagi dari rumah. Sampai di rumah uncle aku tu dekat pukul 11.30 kot. Kami makan di sana. Pukul 12.30 tengah hari hantar anak uncle tu ke rumah diorang pula. Lepas tu, kami pergi singgah di batu niah. Singgah sekejap. Terus balik. Dah sampai rumah terus ke pasar Bintulu. Ah.... penat sungguh. Pukul 8 malam baru la punggung aku ni mencecah katil ku yang empuk ini. Awal aku tidur. Sengaja silent handphone supaya tiada gangguan. Kesian si dia. Hehehe

Hari minggu. Kena awal bangun sebab pergi gereja. Ada acara pembaptisan. Aku ikut kebaktian kedua di rumah ahli gereja baru juga. Lepas kebaktian balik rumah, jalan lagi ke sebauh. Balik dari Sebauh, aku tidur sampai pukul 4 petang . Penat giler wei. Petang tu jalan lagi.

Dan hari ini, si dia ingin berjumpa aku. Aku nak kata tak nak sebab penat tapi dah ada peluang on je la. Syukur dia tak jadi semalam. Kalau tak, aku pun tak tau nak buat macamana nak jumpa dia.

No comments: