My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Monday, July 18, 2011

Kenapa manusia ada perasaan hasad dengki?

Kenapa aku tiba-tiba wujudkan topik ini di entry ini? Sebab aku terlalu hairan bin pelik la dengan sikap sesetengah manusia yang ada perasaan seperti ini. Bahagiakah mereka dengan adanya perasaan ini membelenggu diri mereka? Sukakah mereka melihat orang lain menderita. Mereka buat dengan cara kotor. Sanggup berhabis duit untuk memperlakukan itu semua.

Bapa aku sendiri kalah dengan kuasa tersebut. Hampir-hampir hilang nyawa. Sungguh orang itu!!! Tidak ada hati perut langsung. Dimanakah sifat-sifat baik yang ada pada diri orang itu? Dan sekarang, dia masih tidak berpuas hati melihat bapa ku hidup dengan sihat. Di'kerja'kannya lagi. Ah! Manusia yang langsung tiada kepuasan! Keji!

Sama seperti apa yang berlaku dengan aunty ku. Kesian dia. Orang yang dengki kepada dia cukup bijak. Tahu bila uncle ku turun ke offshore dan terus di'kerja'kannya lagi, lagi dan lagi.

Inilah dunia. Manusia penuh dengan talam berapa muka. Kenapa tak selesaikan masalah itu dengan cara baik? Kalau tak puas hati, bawa berbincang. Jangan guna cara kotor, bomoh bagai. Kalau nak, minta baik-baik. Jangan sesuka hati nak ambil. Hak milik persendirian.

Ah... inilah yang dikatakan dunia. Kita tidak dapat membuang perasaan hasad dengki seseorang itu jika orang itu sendiri tidak insaf. Semoga orang-orang tersebut bahagia dengan kehidupan diorang. Hiduplah di dunia dengan aman.

No comments: