Dah cukup seru untuk sambung hari ke 26 untuk challenge ini. Hehehe... sorry le terabai sekejap. Kalau taip entry tanpa ada hati tak menjadilah sesebuah entry tersebut.
Tajuk entry ni, apa pandangan aku terhadap kawan-kawan aku?
Aku ada banyak kenalan dan ada kenalan tersebut hanya sekadar touch n' go dan ada kenalan yang biasa-biasa je dan tak lupa juga kenalan aku yang kamceng. Ke mana-mana boleh sama kepala. Hehehe... Tetiba rasa rindu pula dengan kawan-kawan aku.
Kawan-kawan aku semuanya ok jer. Biasalah setiap manusia ada keistimewaan, ciri-ciri kemanusiaan yang tersendiri. Bukan semua orang nak sama je dengan kita sorang kan. Aku tak kisah orang tu sejahat mana pun asalkan kita tak ikut dia jahat sama dengan perangai dia tu. Aku tetap jadi orang yang baik sentiasa. Hahaha... teringat diorang Ronald, Charleston and Elyas. Sama kelas masa Form 4 and Form 5. Diorang bertiga ni dan sorang lagi penyibuk Modwin memang 'hantu' dalam kelas. Ada je kes hari-hari sampai Cikgu Kow Pei Hoon pening kepala. Kesian cikgu-cikgu yang mengajar kelas kami. Tapi sekarang mereka berempat dah jadi orang berguna. Ronald dalam proses untuk digelar Father di Catholic. Elyas nak jadi pakar X-ray (lama pulak tak dengar cerita Elyas. Ok ke dia sekarang?). Charleston dah kahwin dan baby dia cute. Hmm.... bila la nak jumpa baby tu dari dulu tak berkesempatan nak jumpa sebab Charleston tak ada kat Bintulu. Dia kerja kat KL. Modwin??? Bahagia dengan 'bini'nya dan jadi Perdana Menteri di UMS. Haha... busy je sentiasa kalau dia balik di UMS sebab hari-hari pergi 1Borneo untuk cuci mata.
Sepanjang hidup aku, diorang je la kawan-kawan aku yang 'hmmm....'. Yang lain ok ok la. Kehidupan insan biasa. And see.... sejahat-jahat diorang, senakal-nakal diorang boleh jadi orang yang berguna sekarang. Kagum dengan diorang.
Bagi kawan-kawan ku yang lain, korang memang best. Aku tak boleh nak mention nama korang kat sini sebab korang banyak sangat. Bagi yang PERASAN dia adalah kawan aku, anda patut bangga dan kembang hidung sekejap sebab kita berkawan. Hahaha.... Miss YOU all F.R.I.E.N.D.S. Korang memang rock. Nanti kita jumpa and buat reunion k. Hmm... rindu zaman-zaman dulu.
Kepada kawan-kawanku dari sekolah tadika St. Anthony, SK Orang Kaya Mohammad, SMK Bintulu, tuisyen AA, tuisyen Medan Jaya,tuisyen SMART, sama bas sekolah, Kolej Matrikulasi Labuan, dan Universiti Utara Malaysia....
Glad to know you all :)


No comments:
Post a Comment