Salam sejahtera dan selamat hari-hari kepada semua. (Kalau intro macam ni memang sah intro entry untuk merapu. hehe...) Di sini aku ingin membuat senaman jejari aku ini setelah sekian lama diorang tak bersenam di atas keyboard laptop aku ini. (Memang sah merapu.)
Pada hakikatnya aku terasa tersangatlah termalasan sedunia selama beberapa hari ini untuk update blog yang terchenta ini. Tak ada hati langsung la. Setakat klik blogger di site bar favorites lepas tu pandang kosong dan sepi je kat blog ni. Apa boleh buat. Tak cukup seru untuk menaip benda-benda macam ni.
Aku tak perasan pula hari-hari berlalu begitu cepat. Semalam aku sedikit terkejut dimaklumkan yang semalam adalah hari Rabu dah. Hari ni hari Khamis pula. Hah??? Hari Khamis??? Ok ok... aku kelam kabut sekejap. Urusan tempat praktikal aku belum selesai. Haish... payah sungguh printer tak ada. Kat rumah ni entah berapa dah printer. Disebabkan aku ni jarang ada kat rumah dan printer tersebut pun tak ada orang guna maka nya hari itu bila aku check printer all-in-one aku tu dah jadi rumah kepada sang-sang semut la pulak. Aku repair punya repair (bukan aku yang repair, bapa and uncle aku yang jadi technician tak bertauliah.), ingatkan boleh guna, sekali langsung tak boleh hidup pun 'binatang' tu. Menyusahkan aku je. Masa aku tengah nak guna diorang ada je hal yang buat aku tak berkenan. Ni sekarang haru-biru tanpa printer. Bapa aku buat dek je tengok aku kelam kabut. Haish.... kalaulah aku kaya kan bagus. (Ok done! Bersyukurlah selalu. Hehe...)
Urusan praktikal pula. Syukur ada juga reply dari company. Cuba try test je la. Untung-untung nanti dapat juga. Aku tak kisah sangat nak praktikal di mana asal dalam Sarawak ni sebab di ceruk mana pun ada saudara aku. Jadi hal penginapan aku tak risau sangat.
Dari minggu lepas aku sedikit penat dengan tugas seharian aku. Hari Rabu lepas aku ke Sibu balik hari. Tolong datuk aku berubat. Dari pagi sampai tengah malam dengan tugas aku. Haish... sangat penat. Keesokan harinya seharian aku tidur. Rasa macam nak sakit bagai la pulak sampai kesayangan pun komplen 'siapa suruh penat sangat?' Then keesokan harinya lepas ambil uncle balik kerja petang, pukul 6 petang bertolak lagi ke Sibu. Kesayangan sedikit merajuk dengan aku. Bukan merajuk bukan apa. Biasalah kesayangan terlalu ambil berat. Hari Sabtu kami 3 buah kereta pergi Pakan jadi indon ambil buah sawit yang masak. Hahaha... kecoh dengan gelagat masing-masing. Hari Ahad sambung lagi kerja. Petang Ahad tu kami balik semula ke Sibu. Kalau di ikutkan bapa dia nak balik Bintulu malam tu juga. Aku on je tapi sedikit berisiko sebab semua penat dah jadi indon 2 hari. Antie pujuk-pujuk syukur boleh balik pagi keesokan hari nya. Hmm... Hari Isnin pagi kami balik ke Bintulu. Sampai di rumah kami bertiga aku, bapak aku dan mak aku tidur puas-puas. Hahaha... Penat wei... lagi-lagi aku yang driving. Ni baru Sibu - Pakan. Belum lagi Bintulu - KK.
Aku tengah menghitung hari. Dating dengan kesayangan. Nak pergi K-Box!!! Hehehe... Hari Isnin ni. Tak sabar rasanya. Rindu sangat kat kesayangan. Lepas tu hitung hari nak pergi beraya. Then, balik UUM. huhu... yang last tu tersangatlah tak best.
No comments:
Post a Comment