My Followers. Love ya!

To my Follower

Terima kasih sudi men'jenguk'kan diri anda ke blog aku yang tak seberapa ini. Apa-apapun yang anda baca di dalam blog ni, biarlah ia tersemat di hati anda sahaja. Jangan malu-malu untuk tinggalkan komen anda di sini. Bagi yang tak suka, dengki dan sewaktu dengannya, tak perlu membazir masa untuk baca blog ini. Sekian terima kasih. ;)

Thursday, August 26, 2010

Akalmu pergi ke mana?

Yeah…aku terlupa sesuatu. Yang ini aku tak boleh simpan2 lama dalam minda ku. Aku baru teringat.

Ada satu ketika tu sedang aku bertungkus lumus untuk menyiapkan segala tutorial assignment ku malam itu, dengan kepala yang tengah ‘biul’ mencari info, tiba2 aku mendapat mesej dari nombor yang tidak ku kenali. Aku baca je mesej tu, huh…. Kalau aku tak busy masa tu memang aku emo sangat2. Syukur masa tu otak aku memang sudah sedia overload dengan info2, jadi aku tidak berapa kisah sangat la dengan mesej tu. Cuma pada masa ketika itu juga (haha… suka suki je bahasa aku kan. Patutlah cikgu Kow Pei Hoon dulu tak pernah bagi aku lulus untuk kertas Bahasa Melayu. Tapi SPM aku cemerlang ok) aku melepaskan geram dengan tu perempuan. Aku call je nombor tu, sekali ‘dia’ jawab aku terus bagi ayat ini.

‘Eyh, tolong sikit ek. Aku tak de kaitan ngau laki dik nya, sapa nama ya apa2 la nama, aku tak kisah, yang penting aku sememangnya nadai apa2 hubungan pun ngau laki dik nyak. And one more thing, tolong ngasuh laki dik nyak buai nombor telefon aku ari phone number telefon ya nyak. Tolong anang ngacau aku gik Sekian terima kasih.’

Dengan satu nafas sahaja aku sembur perempuan tu dengan ayat ini, lepas habis ucap terima kasih aku terus end called. Haha… puas hati aku.

Dia mesej lagi dengan kata2 kesat dia.

Aku reply la balik suruh dia jaga laki dia tu baik2. Yea sememangnya aku tak de apa hubungan pun dengan tu laki. Call dia aku tak pernah, mesej dia pun aku dah tak pernah. Untuk 4 bulan inilah. Aku dah buang nama laki tu jauh dari kehidupan aku la. No more his name, his number phone, fb fren, his photo whatever it is I already delete it from my life. Haha….Puas hati aku. Dalam otak jahat aku kan, patut la perempuan tu boleh2 serang orang macam tu. Dia sendiri x sekolah tinggi2. Cuba dia masuk universiti ka apa ka tak la dia nak serang orang macam tu kan. adanya fikiran yang rasional. Aku terfikir tentang aku sendiri. Aku pernah ke nak serang orang hah??? TAK PERNAH OK!!! Walaupun pada zaman muda ku dulu aku jeles dengan seseorang (beberapa orang sebenarnya) tapi aku berfikiran waras ok. Tak sia2 juga mak bapak aku hantar aku masuk universiti sebab aku pandai guna otak. Aku tak main serang orang, tapi aku suka mengenal musuhku dengan rapat. Aku berkenalan dengan mereka, aku berkawan dengan mereka. Tidak jadi masalah pun. Apapun, ini semua berkaitan dengan K.A.S.I.H.

Aku tak mahu hati aku terluka lagi, so lebih baik aku terus hindari apa2 pun tentang dia. Kadang2 je orang tu buat2 wujud dalam kehidupan aku. Pura2 buat missed call la kunun. Sengaja kan dia nak bagi aku ingat. Sorry la aku tak akan layan you punya la sekarang. Hidup aku dah cukup aman dah. Cukup lah aku sibukkan diri aku dengan kerja pelayanan, tutorial, assignment and project ku yang sedia berlambak ini.

Yeah, memang secara jujur aku emosi bila ada apa2 kaitan tentang dia muncul dalam hidup aku misalnya ‘dia’ missed called. Tapi tidaklah aku terlalu emosi sampai aku berendam air mata, tertonggeng2 frust berguling2 ke apa ke. TIDAK OK!

Hari tu aku mengadu kat abang aku hal ‘dia’ missed called. Aku dan abang pula yang bergaduh soal perasaan. Hmmm…. Mana taknye aku nak berfikir berkali2 kalau aku nak ceritakan sesuatu dengan abang. Mesti abang dulu sembur aku. Perasaan aku yang pada mulanya baik jer dapat cakap dengan abang, tiba2 jadi down pula abang mempersoalkan perasaan. Hee~ Adik sik ambik kisah gik la kat orang ya abang. Adik saja jak mok manja2 apa semua ngan abang. Ngan siapa gik adik mok bermanja kan. Boyfriend sik da. Kawan masing2 ada masalah sendiri. Abang walaupun ada masalah tapi ehee… adik sik kira, adik mok juak mengadu kat abang. Nasib abang la. Ahahah…

No comments: