Hish…kadang2 aku geram juga la dengan student2 ni. Aku tahulah setiap individu mempunyai perangai yang berlainan.
Ini pasal bas. Di UUM ni ada bas kitaran UNIC untuk mengangkut pelajar2 yang malas berjalan kaki (terutamanya bagi pelajar yang tinggal di dalam kampus la) untuk ke fakulti.
Ada perangai student yang tidak suka berdiri di bahagian belakang bas tu. Dan sengsaranya bagi orang yang nak juga masuk dalam bas itu tapi disekat oleh orang yang badannya yang tak berapa besar serta menghalang orang untuk masuk ke bahagian belakang. Boleh2 diorang buat do no je. Buat2 tak bersalah. Hee… tak nampak ke kami2 ni dah nak jatuh dah dari tangga ni bas ni. Nak marah pun tak guna. Suka sangat nak berdiri dekat pintu kan, hah berdiri la kat situ. Asal keadaan aku selesa sudah. Syukur juga la pemandu bas ni mengikut peraturan. Tutup pintu bas apabila bas mula bergerak. Kalau tak, hmm… ada juga la yang hilang nyawa.
Nama je pelajar U kan. Pendidikan je tinggi2 tapi jasad je yang berada di sini, otak, minda, akal entah ke mana.
Pemandu bas pula satu. Kalau laluan A1 tu, aku suka bas nombor 5, 30 dan 28. Hmm… Ada yang peramah ni peramah giler. Semua disapa, ditegur, ada juga yang menyampuk. Haha…. Diorang stress juga tu balik2 pusing jalan yang sama. Pegang stereng, brek, clutch, speed… buka pintu bas, tutup pintu bas, berhentikan bas, menggerakkan bas. Hahaha… itulah kerja2 pemandu bas.
Disebabkan kami WAJIB untuk membayar yuran bas UNIC rm60 satu semester jadi rajin2 lah naik bas pergi balik kelas. Sayang tu, Facilities need to be use right.
< Rasanya takat ni je la untuk malam ni. Malam? Awal pagi dah ni. Hmm… inilah penangan ber’blogging’. Masa pun tak sedar sudah berlalu. Rasanya banyak lagi la yang aku ingin ceritakan tapi tak pe la. Aku ada kewajipan lain nak dilaksanakan sekarang. Jam menunjukkan pukul 1.22 am. Nanti aku ada kelas pukul 8.00am. Hmm… malasnye nak pergi kelas tapi jangan jadikan alasan MALAS untuk tidak pergi kelas. Ingat azam baru. Tak mahu ponteng kelas kecuali yang lambat balik U mula sem dulu la… ahahha…baru 1 kelas pun aku skip ok. Dah2 jangan merapu lagi. Im out now. See ya after few days. Need to focus with my tutorial, exam UBS also. Daaa>
No comments:
Post a Comment