Hey... Shalom semua....
Alamak kenapa la aku ni tetiba intro macam tu. Penangan khotbah kah ini? Hehe...
Ok. First and foremost, now I want to bla bla bla.
Hey... romy kembalilah ke pangkal jalan. Opsss.... ok ok Be serious.
Nak cerita pasal kejadian semalam la dulu.
3 November
Hari retreat untuk exco gereja. Kami janji tunggu bas sama2 pukul 8 pagi pergi ke Alor Setar. Tapi belum lagi pukul 8 sudah ada yang bagitahu sampai sudah di stesen bas padahal aku belum mandi lagi pun. Hehe... malas nyer nak bangun di hari yang sungguh nyaman, redup semacam jer best untuk buat swimming pool di katil masing2.
Time kami tunggu bas pula, punya la lama. Selalunye sebelum pukul 8 lagi pun bas warna merah (Mara Liner) akan masuk kampus. Tapi kami tunggu punya tunggu sampai jam berapa tu aku dah tak ingat dah, tak ada bas la pulak. Pak cik-pak cik yang limpas2 kami tanya nak pergi mana, kami jawab nak pergi Alor Setar. Diorang bagitau la bas nak pergi Alor Setar tak da. Tak dapat jalan sebab sangkut kat Jitra. Kesan hujan tak berhenti2 hari tu la ni menyebabkan banjir. Kami tunggu kejap sementara Setiausaha gereja mencari jalan bagaimana nak jalan keluar ke Alor Setar terutamanya. Dengan sabar kami tunggu, last2, kami ambil keputusan jalan ke Changlun dahulu lepas tu ambil teksi sebab ada orang cakap teksi dapat jalan juga ke Alor Setar. Kebetulan masa tu ada bas tapi hanya pergi Changlun sahaja. Ok.. kami berkumpul di Changlun.
Masa di Changlun pula ada perkara berlaku terhadap kereta yang salah seorang sister pinjam dari kawan dia. Selesaikan kes itu pula. Lepas tu, settle pasal kereta, masalah tempat mahu buat retreat. Langsung tidak dapat lalu pergi Alor Setar. Dua pilihan kami adalah Uni Inn dan hotel di Changlun sahaja sebab gereja pihak exco CF pula yang guna untuk retreat hari yang sama. Yang terutama dari kalangan exco pergi masuk balik kampus sebab mahu tanya Uni Inn ada bilik kosong ke tidak. Kami tunggu je la kat CMart yang terchenta itu. Merayau2, duduk2, bergurau senda di pagi hari yang sangat sunyi, lengang, kedai pun belum buka sepenuhnya padahal mahu dekat tengah hari dah.
Uni Inn ada masalah pula. Ok cari je hotel di sekitar Changlun dan akhirnya kami dapat homestay. Rumah yang kami sewa. Sangat selesa dan bayar ada mahal sikit la RM 230 untuk semalam. Akhirnya lega jugalah kami. Dapat juga buat retreat seperti dalam perancangan tetapi tentatif memang kacau sudah la. Pastor tak dapat datang, jadi selamatlah kami yang perintis ini tiada yang komen. Haha...
Kelegaan kami tidak berakhir dengan dapatnya kami tempat untuk buat retreat. Dugaan tiada bas tadi pagi dan tempat retreat tadi hanya masalah kecil sahaja. Tetapi lagi besar pencobaan menunggu kami di rumah tersebut.
Sebelum itu aku mahu menceritakan tentang tentatif kami. Exco sudah ada di rumah itu kalau tidak silap jam 1 petang. Kami mulakan nyanyi2 dulu sementara masih tunggu yang lain sampai. Kami buat ice-breaking. Memang enjoy. Selepas itu, pihak perintis khotbah di depan senior exco. Aku orang yang pertama di dalam tentatif dan aku juga meng'offer'kan diri untuk pertama khotbah sebab selepas itu ada banyak lagi yang perlu aku buat. (Beli barang untuk makan terutamanya bahan BBQ dan ambil barang dari gereja.) Selepas selesai tiga perintis khotbah, aku bersama2 rakan2 ku menjalankan tanggungjawab untuk laksanakan tugas.
Kami balik dari beli barang apa semua, sampai di rumah mahu dekat pukul 7. Exco yang lain sudah ada yang mandi2, rehat tapi kesian dengan diorang. Kelaparan. Huhu... kebanyakan diorang hanya makan mi sahaja pagi tadi. Tiada makan tengah hari. Aku bersiap untuk minum petang kami bagi alas perut yang kosong sebab acara kami untuk malam itu adalah BBQ untuk senior farewell bagi exco super senior.
Ada yang uruskan pemerapan ayam, aku uruskan minum petang. Mahu pukul 8 malam kami buat meeting, pembentangan laporan bagi pihak exco2 senior sambil minum2 petang yang bila di tengik masa sangat sesuai makan nasi. Tapi disebabkan kekangan masa kami tidak mampu lakukan itu. Mula2 ada yang jangkakan meeting ini akan sekejap sahaja tetapi berlarutan hingga jam 2 pagi. Di masa meeting, ada yang buat kesaksian dan dari situ semua jujur mengatakan memang ada hal yang berlaku. Dan malam itu bukan seorang dua yang merasa tetapi semua exco 14 orang merasa apa yang masing2 rasa. Sangat kuat kuasa itu, hinggakan pada satu saat, aku hampir tersungkur.
Tetapi Puji Tuhan, segala itu jika kita imani Tuhan Yesus, tiada benda yang mustahil. Aku tidak mahu bercerita panjang tentang apa yang kami alami. Tetapi yang dapat aku simpulkan, Roh Kudus memang berkerja lebih keras lagi apabila kita memerlukan Dia.
Kami mula BBQ jam 2 lebih PAGI. Pagi ye bukan petang. Itu pun hidupkan api mengambil masa sejam. Entah berapa company yang tukar2 ambil tender hidupkan api tu. Haha... Kesian dengan rakan2 ku. Semua bersemangat BBQ tetapi lepas BBQ habis kira pukul 5 pagi, semua pengsan dan nasi dan ayam2 kami jadikan breakfast kami pagi tadi. Haha...
Kata Kak Su, salah seorang senior exco yang difarewellkan, tak apa kita buat macam ni. Ada juga benda boleh dikenang untuk terakhir kali saya di sini. Huhu...
Untuk pagi hari 4 November, semua bangun dengan semangat dengan sukacita walaupun majoriti tidur hanya beberapa jam sahaja. Tetapi apa yang penting? Bersama keluarga exco gereja sangat best.
Gambar2 nanti aku upload. Kena minta dengan orang dulu.
No comments:
Post a Comment