Hey.... Happy New Year 2011!!!
Hahaha... Aku pun muncul balik di hari yang ketiga tahun baru ni. Dapat je connect untuk online terus update laman sesawang sana sini. Penuh dengan sarang labah-labah dah. Setelah aku balik ke rumah terchenta aku ni, aku terus tak dapat online. Ada masalah yang tak dapat nak diselesaikan dengan segera. Hahaha... apa-apa la kau.
Aku cerita secara ringkas apa yang berlaku dalam masa aku offline.
Balik-balik je aku ke rumah ni, aku terus berkemas rumah. Rumah aku ni tempat orang tidur je. Nama je rumah. Tapi kalau siang hari lepas pukul 8 pagi, rumah ini akan sunyi. Semua sibuk bekerja. Kesimpulannya, keadaan rumah ini langsung tidak terjaga. Aku pun mula lah jadi suri rumah tangga sepenuh masa.
17/12 malam aku dan family aku bermalam di Sibu untuk meneruskan perjalanan kami pada 18/12 ke Kapit untuk sama-sama berkumpul di rumah uncle aku untuk merayakan hari peringatan mendiang datukku. Tidak semua kami keluarga besar ada untuk majlis kali ini. Suasana sedih masih lagi terasa. Masih ada juga yang menangisi, meratapi ketiadaan datukku. Tidak ketinggalan juga aku secara automatik mengalirkan air mata. Kesian dengan nenek ku. Pada hari kami sekeluarga mahu balik semula ke Bintulu, nenek ku bercerita dengan aku mengatakan abang-abang aku yang dua orang tu masing-masing bertanya pada dia, samada dia masih nak balik lagi ke rumah panjang. Nenek aku jawab, buat masa sekarang, dia masih belum terima lagi ketiadaan datukku itu jadi masih belum ada hati lagi nak tengok bilik sendiri. Abang aku yang pertama mengatakan dia mungkin tak nak balik lagi Gawai yang akan datang sebab kalau dia balik kampung pun bukan nak sambut kat rumah panjang juga. Abang aku yang ketiga mendesak nenekku untuk balik ke rumah panjang bersama-sama dia. Last-last nenek aku cakap, cucu dia menangis lepas bercerita dengan dia sebab terkenangkan datuk. Hmm... sekarang ni pun aku nak menangis tapi apa gunanya kita meratapi orang yang telah tiada. Dia tidak akan hidup balik. Semuanya tinggal dalam kenangan.
20/12 kami sekeluarga kembali ke Bintulu.
Malam 21/12 Adik bapa ku, auntie call bapa ku menyampaikan berita nenek ku sakit masuk hospital. Ibu kepada bapa ku. Disahkan menghidap strok. Tapi tak serius. Keesokan harinya, nenek stabil tapi tidak boleh bangun. Semua mengatakan sudah tiba masanya. Memeng nenek ku ini sudah tersangat tua. Tak tahu berapa sebenarnya umur nenek ku ini. Tapi syukur sampai sekarang dia masih hidup cuma orang yang menjaga dia menderita sedikit.
26/12 nenek ku keluar dari hospital.
Krismas dengan Tahun Baru kami sekeluarga untuk kali ini cukup hambar. Masing-masing tiada mood untuk merayakan secara meriah seperti kebiasaan.
Dan sekarang, kami baru kehilangan seorang pagi 02.01.2011. Datuk salah seorang sepupuku. Menyedihkan kalau aku mengingatkan di mana kami pergi ke rumah mereka petang 1 haribulan, datuk itu masih cergas cuma biasalah perangai orang yang tersangat tua.
Alamak.... semua cerita pasal kehilangan ni. Huhu... peristiwa yang menyengat hati. Em... tak nak sedih-sedih lagi. Tukar mood sekarang.....

No comments:
Post a Comment