Sedar tak sedar, nak dekat sebulan aku menjalin hubungan dengan si dia. Aku tak tahu kenapa aku terima dia balik. Aku betul-betul tak tahu. Ya... pada mulanya aku betul-betul ragu-ragu akan si dia. Si dia juga berjanji untuk menebus kesalahan yang dia buat pada aku dulu. Dia berjanji untuk berubah. Benarkah janji-janji itu semua atau sekadar pemanis mulut sahaja. Tapi, hari demi hari, si dia berjaya memikat semula hatiku ini. Si dia benar-benar membuatkan aku rasa bahagia.
Bila aku mengingatkan kisah lama betapa sengsaranya aku dahulu, aku mula menyalahkan diri aku sendiri kenapa aku berani terima dia. Bila aku mengenangkan yang dia betul-betul berusaha untuk berubah. Ya.. dia sedang dalam proses perubahan sekarang. Dia sudah mula bertumbuh sendiri. Dan ini alasan aku untuk berani terima dia kembali. Aku ingin dia ikut aku ke arah kebenaran. Ingin dia berjalan bersama-sama aku menuju ke jalan yang terang.
Diharap hubungan kami yang ini akan kekal sampai akhir hayat sebab aku tak sanggup untuk kecewa lagi, tak sanggup untuk menyakiti hati sendiri. Aku betul-betul tak berani untuk menghadapi ia semula.
P/s : Love you ayang...
No comments:
Post a Comment